SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 18 April 2010

Laporan Program Hari Keluarga Warden SMKASAS 2010

Pada 17 April 2010, saya sekeluarga dan keluarga warden-warden SMKASAS yang lain telah bertolak dari sekolah  ke Cinta Sayang Resort menaiki bas  sekolah pada pukul 9.30 pagi. Antara keluarga warden yang menaiki bas ialah keluarga Ustaz Zaki, Ustaz Ghazali, En. Ali (Penyelia Asrama), Kakak Cikgu Hamizan, Cikgu Norhana, dan Cikgu Jumilah. Kami sampai di resort pada pukul 1.20 petang dan ditempatkan di bilik masing-masing. Dalam pada masa yang sama, saya telah dicadangkan Ustaz Zaki untuk menginap di bilik yang lebih lapang dan kami berpindah bilik darik bilik 575 ke bilik 651. Malangnya, bilik berkenaan kurang selesa kerana tv dan signal wifi internet tidak berfungsi. Justeru, saya menghubungi reception untuk menyatakan masalah saya  tersebut, malangnya saya dimaklumkan di situ memang tidak ada signal wifi dan saya bercadang untuk pindah semula ke bilik asal.
              Saya mulai kurang senang apabila dimaklumkan bilik asal saya tidak boleh dihuni kerana bilik tersebut telah diberikan kepada orang lain. Saya maklumkan bahawa bilik tersebut adalah termasuk dalam pakej program hari keluarga warden dan saya akan ditukarkan ke bilik yang lain. Saya menyatakan kenapa kejadian tersebut berlaku kerana jika ditukarkan saya akan berjauhan dengan keluarga-keluarga warden yang lain dan saya nyatakan ketidakpuasan hati saya kepada pihak pengurusan resort. Setelah pihak pengurusan berjumpa dengan saya dan memohon maaf atas kejadian berlaku kerana kesilapan kerani reseption saya dimaklumkan bilik baru saya ada signal wifi resort dan lebih besar daripada dua bilik sebelumnya. Pihak pengurusan juga memaklumkan tempat tersebut masih di bangunan sama dan tempat keluarga warden yang lain. Paling mengejutkan saya, saya sekeluarga ditempatkan di bilik suit mewah dan dimaklumkan atas pemberian resort dan saya nyatakan bukan itu tujuan utama saya kerana paling utama saya perlu ada wifi untuk mengemas kini bahan bloger saya dengan berita terbaru dan bilik lamapun saya tidak kisah. Saya diberi jaminan tidak ada bayaran tambahan dikenakan untuk bilik berkenaan, justeru sayapun menulis laporan dan memasukkan gambar sepanjang program yang berlaku sehingga lewat malam.
             Untuk makluman, kami mengisi masa lapang dengan berihat tambahan pula rasa bengang saya setelah berpindah randah sedangkan objektif program program ini adalah untuk memberi rehat dan ketenangan para warden yang telah letih menjalankan tugas di asrama sedangkan tugas gurupun banyak. Bayangkan dalam dua minggu ini memang mencabar kerana saya terpaksa berada di padang, 3 hari bertugas sebagai ketua pegawai acara renjaman lembing MSSD Perak Tengah di SK. Titi Gantung, mengurus perjalanan Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu, Menyiapkan pengurusan bola baling untuk MSSD Perak Tengah dan berada di padang SMK Layang-Layang Kiri selama tiga hari menjadi pengurus dan jurulatih pasukan bola baling, kelas tambahan, pemantauan pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Awal dan Suku Akhir (malam Khamis/ 2 hari), Kelas tuisyen Ting. 3 dan Ting. 5 dan persiapan untuk post mortem mesyuarat bersama ketua bidang dan dilantik menjadi setiausaha serta mengisi borang post mortem yang bertimbun. Calang-calang orang boleh pitam dibuatnya. Lain buku karangan, ringkasan, rumusan tiga kelas peperiksaan berlambak untuk disemak. Allah yang maha tahu kerjanya, lain usaha untuk mempelbagai bloger ini. Tetapi paling utama hati senang dan ini adalah kerja yang mengembirakan saya.
              Berbalik kepada aktiviti di Cinta Sayang resort, pada pukul 4.00 petang disediakan minum petang dan saya berjumpa reception untumk mendapatkan maklumat tentang aktiviti pertandingan memanah yang akan diadakan selepas minum. Saya juga diberitahu, En. Johari  ( pegawai mengurus aktiviti memanah resort ) yang akan mengendalikan acara tersebut. Apabila sampai di tempat memanah, En. Johari telah memberikan taklimat berkaitan cara untuk mengenadlikan bow dan arrow dan mata bagi bidikan yang tempat pada sasaran. kemudian, saya mengendalikan pertandingan dengan meminta setiap ahli keluarga warden dan juga keluarga pemandu bas agar menyediakan tiga orang ahli keluarga untuk menyertai acara memanah tersebut. Keputusannya, keluarga Cikgu Siti Munawirah johan, naib johan keluarga Ustaz Zaki dan ketiga keluarga saya.
              Pada sebelah petang, ada ahli keluarga yang membawa anak-anak memandi di kolam renang, dan saya hanya memantau anak-anak saya di sana. Aktiviti sebelah malamnya pula, adalah makan malam secara buffer dan kemudian Tn. Pengetua Kanan memberikan ucapan sebelum diadakan acara untuk kanak-kanan dan kaum ibu. Acara kanak-kanak yang diadakan seperti rebut kerusi dengan iringan muzik, tiup belon sampai pecah dan pertandingan berkumpulan. Kemudian, diadakan pertandingan memotong buah epal dan semua aktiviti kanak-kanak dan ibu bapa dikendalikan oleh Cikgu Faisal. Akhirnya, saya diminta untuk megumumkan pemenang pertandingan memanah yang masih belum diumumkan keputusan setelah pertandingan diadakan. Kemuadian, saya diminta untuk mengendalikan acara cabutan nombor bertuah, dan semua ahli keluarga menerima hadiah cabutan termasuk pemandu bas. Sungguh menceriakan aktiviti yang dijalankan kerana setiap anggota keluarga terlibat dan bersama-sama keluarga masing-masing untuk memastikan kemenangan diperoleh keluarga mereka. Keceriaan keluarga warden tecerna bermulanya aktiviti pada petang sehingga malam. InsyaAllah, esok selepas minum pagi semua ahli keluarga warden boleh berihat di bilik masing-masing sebelum bertolak ke Taman Tema Air pada pukul 10.00 pagi. Semoga esok akan memancarkan sinar kebahagian dan kegembiraan kepada setiap ahli keluarga warden. InsyaAllah laporan selanjutnya akan ditulis keesokan hari. Selamat bercuti, berehat dan bertenang kepada semua warden. Kepada Cikgu Fauzuan juga warden asrama tidak dapat hadir kerana urusan pertunangannya, selamat bertunang.

Tiada ulasan: