BAHASA MERUJUK KEPADA SESUATU BANGSA. ORANG YANG SENTIASA BERUSAHA MEMPERKASAKAN BAHASA AKAN MEMPERKASAKAN BANGSANYA.
SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS
Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.
Jumaat, 16 April 2010
PEMBINAAN DEWAN KLUSTER DAN PENGGUNAAN SMARTBOARD DALAM PROSES P & P
Dimensi baru dalam pendidikan terserlah di SMKASAS apabila terbinanya Dewan Kluster dan Penggunaan Smartboard dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekaligus, prasarana baru ini diharap dapat menjadi pemangkin ke arah mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran guru yang berkualiti ke arah mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dalam kalangan pelajar. Justeru, guru-guru perlu meningkat dan mengaplikasi kaedah dan pendekatan pengajaran di dalam kelas, seiring dengan perkembangan teknologi semasa tersebut. InsyaAllah, dengan adanya prasarana baru berkat SMKASAS kluster akan meningkatkankan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di SMKASAS. Semoga SMKASAS akan terus cemerlang, dan kami guru-guru Bahasa Melayu akan cuba untuk mempelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran sesuai dengan cita rasa pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
wa..makin hebat r cikgu ngan student kasas..terima kasih cikgu!
wa..makin hebat r cikgu ngan student kasas..terima kasih cikgu!
Terima kasih feefa. Maaf saya lambat balas komen ini kerana baru saya tahu bagaimana nak balas komen ini dalam blog.
Catat Ulasan