SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Khamis, 22 April 2010

PERTANDINGAN BAHASA PARLIMEN SMKASAS

            Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Separuh Akhir akan dilaksanakan pada 22 April 2010 bersamaan hari Khamis. Pertandingan tersebut akan berlangsung pada pukul 9.00 malam. Sebanyak 4 pasukan akan bertanding untuk menentukan pasukan yang layak ke pertandingan akhir di Dewan Besar SMKASAS pada 30 April 2010. Saya bagi pihak guru penasihat pasukan Bahas Ala Parlimen SMKASAS mengucapkan syabas kepada pasukan bahas yang berjaya meneruskan perjuangan hingga ke peringkat separuh akhir dan melalui pengamatan saya banyak pembahas baru muncul kali ini dan sudah pastinya senario tersebut amat mengembirakan saya.Tajuk perbahasan pada pusingan akhir ini ialah Program PLKN Banyak Kebaikannya kepada Golongan Remaja Masa Kini.
            Paling menyeronokkan, ada kalangan pembahas yang kalah dalam pusingan sebelumnya mempunyai bakat dalam perbahasan dan mereka akan dikumpulkan sebagai pembantu " kumpulan pemikir" pasukan bahas sekolah pada tahun ini. Saya juga menerima maklumat, pada tahun ini, pasukan pembahas sekolah yang menjadi johan daerah pada tahun lepas akan secara automatik mewakili daerah ke peringkat negeri. Namun, tidak ada kata putih setakat ini membuktikan kesahihan berita tersebut. Paling utama, pada pertandingan akhir nanti, dua pasukan pembahas yang menjadi johan dalam pertandingan separuh akhir diharapkan akan memeriahkan pertandingan di peringkat akhir dengan memaparkan kemahiran dan mutu perbahasan, standard daerah, insyaAllah.
            Saya juga mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa pengelola pertandingan terutamanya kepada Zahidan dan Fairuz Adibah kerana berjaya mengelolakan pertandingan tersebut dengan jayanya.

Tiada ulasan: