SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Khamis, 22 April 2010

KECEMERLANGAN DALAM BAHASA MELAYU

               Mata Pelajaran Bahasa Melayu sama seperti mata pelajaran lain, kerana mata pelajaran ini juga berpaksikan ilmu dan sumber. Jika dikaji dari sudut ilmu, mata pelajaran ini berpaksikan hukum yang dikenali tatabahasa dan rujukan hukum ini boleh diperoleh daripada rujukan dan tidak lain melalui panduan yang telah dihasilkan oleh pakar bahasa iaitu buku Tatabahasa Dewan. Manakala sumber perbendaharaan kata pula dirujuk pada Kamus Dewan. Sekiranya individu ingin mendalami bahasa, rujukan melalui dua buah buku rujukan ini tidak mencukupi kerana kemahiran berbahasa merujuk pelbagai sumber, bergantung kepada keperluan bahasa tersebut digunakan, contohnya jika seseorang pengkarya atau pelajar ingin menghasilkan bahan penulisan seperti tema perubatan, sains angkasa, teknologi maklumat, pelancongan, penulisan berbentuk sastera, dan sebagainya mereka perlu menentu genre  atau kandungan penulisan mereka, jika tidak karya mereka tidak akan berkualiti dan diterima oleh pembaca.
            Begitu juga seorang guru, proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan mencapai objektif, sekiranya mereka tidak memperihal pendekatan, kaedah, dan strategi pengajaran yang sesuai semasa mengajar di dalam kelas. Paling umumnya, pemilihan kata, lenggok bahasa juga perlu diambil kira semasa proses pengajaran berlaku, disamping seorang guru perlu akur kepada sudut penguasaan tatabahasa yang menjadi panduan agar guru tidak melanggar hukum berbahasa. Justeru, sebelum mengajar, guru perlu menguasai kemahiran berbahasa disamping menentu genre bidang atau tema atau format bahasa yang perlu diperturunkan kepada klien atau pelajarnya. Oleh sebab itu, kerjaya perguruan dilabelkan sebagai kejaya profesional, memerlukan guru menguasai segala ilmu kebahasaan.
                 Paling uniknya, ada sesetengan golongan melabelkan guru bahasa Melayu sebagai  guru " low " profesioanal sedangkan saya telah bergelumang sebagai seorang guru bahasa selama 20 tahun dan saya tidak pula mengatakan diri saya sudah menguasai ilmu bahasa kerana ilmu bahasa tidak pernah ada kesudahannya. Hal ini berlaku kerana mereka beranggapan mata pelajaran bahasa Melayu seperti seorang anak belajar bercakap daripada orang sekelilingnya sama ada ibu bapa, rakan-rakan, dan  masyarakat. Jika begitulah pandangan mereka terhadap mata pelajaran bahasa , pandangan tersebut adalah sempit.
               Sebagai seorang bekerjaya dan dilabelkan profesional dalam kerjayanya, saya tidak pernah membeza dan melabel antara saya dan masyarakat guru atau sesiapa kerana masing-masing mempunyai tugas masing-masing. Jika nak dikaji secara mendalam, pengajaran bahasa juga ada berformula cuma ada guru yang tahu ada yang tidak tahu.. ada hukum dan ada panduannya. Sebagai contoh, dilihat dari sudut penulisan karangan, sesiapa sahaja boleh menulis karangan, cuma bezanya kemahiran pelajar, dari sudut kreatif, berfokus sama ada penulisan mereka berfokus sempit atau berfokus luas, diikuti dengan kaedah penulisan,  bermula dengan kaedah penulisan pengenalan, kaedah menulis isi dan penutup. Sekiranya pelajar, menguasai kaedah penulisan tetapi sempit sudut fakta semasa juga akan memberi impak terhadap hasil tulisan mereka  terutama apabila memperkatakan sesuatu berdasarkan bidang yang dipilih, mereka juga perlu mengetahui genrenya kerana pemilihan perkataan juga memberi kesan kepada mutu penulisan yang mereka hasilkan. Untuk mencapai kecemerlangan dalam kertas bahasa Melayu pelajar juga perlu bijak memilih frasa dan istilah menarik kerana kedua-kedua jalinan rangkai kata dan dan istilah tersebut menentukan keberkesanan hasil penulisan dan tahap kesegaran karya pada sudut pandangan pembaca. Tanpa kebijaksanaan  pemilihan penanda wacana yang sesuai dalam mengaitkan sama ada isi dengan isi, ayat dengan ayat dan  frasa dengan frasa jalinan idea penulis akan tempang.
                    Yang kurik itu kundi,
                    Yang merah itu saga,
                    Yang baik itu budi,
                    Yang indah itu bahasa.

                     Bahasa penentu bangsa,
                     Punah bahasa hilanglah bangsa.

( Akan bersambung......

Tiada ulasan: