SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 4 Januari 2012

SYUKUR KEPADA ILLAHI KERANA MENGELAKKAN KAMI SEKELUARGA DARIPADA BENCANA

       Pada pagi Ahad, 25 Disember 2011, semasa pulang daripada  Pahang dan dua hari sebelumnya kami di Negeri Sembilan,  kereta yang saya naiki bersama ahli keluarga mengalami kemalangan. Kejadian berkenaan berlaku kira-kira pukul  3.00 pagi, kereta Toyota Inova yang dipandu oleh anak saya terbabas di Tronoh Perak berdekatan dengan restoran mamak. yang terletak tidak jauh daripada lampu isyarat  pekan berkenaan. Kereta yang dipandu oleh anak saya tidak dapat dikawal terbabas  dan terperosok  ke dalam parit sebelum terlanggar batu konkrit yang ada di tempat kejadian. 
     Kali terakhir saya memandu kereta semasa berada di Tol Tanjung Malim sebelum menyerahkan kepada anak saya untuk memandu kereta berkenaan dan selepas itu saya tertidur kerana keletihan. Impak daripada kemalangan, saya tersepit di bahagaian dashboard kereta serta rangka tepi dan rangka cermin menghentak bahagian ketiak saya. Anggota bomba dan orang ramai berjaya mengeluarkan saya daripada kereta yang remuk bahagian sebelah pemandu selama 2 jam. Namun kesyukuran yang amat sangat saya panjatkan kepada Ilahi kerana dalam kejadian berkenaan isteri dan anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Namun kereta Toyota Innova saya musnah dan diisytiharkan total lost.
      Saya dikejarkan ke Hospital Batu Gajah, kemudian ke Hospital Besar Ipoh, dan kemudian atas permintaan saya, saya dihantar ke Hospital Pantai Puteri. Setelah berada sehari berkenaan keesokan harinya saya menjalani pembedahan untuk memasukkan besi di bahagian tulang peha saya yang patah.  Sebelum itu, semasa saya di Hospital Besar Ipoh, kecederaan di bahagian ketiak saya dijahit. Pada tahun ini, saya terpaksa menyambut hari lahir saya yang jatuh pada 29/12 di katil hospital. Pada hari 31/12/2011 kira-kira pukul 5.30 petang saya telah dibenarkan pulang ke rumah. Saya amat gembira kerana jiwa saya meruntun untuk pulang kerana banyak aktiviti yang boleh saya jalankan di rumah walaupun pergerakan saya terhad. Dr. Dato' Vasan pakar tulang membayangkan kaki saya tidak boleh dipijak permukaan selama 6 minggu. Subhanallah. InysaAllah saya akan ke hospital semula untuk menerima rawatan dan apapun saya amat bersyukur ke hadrat Illahi kerana menyelamatkan kami sekeluarga daripada bencana yang lebih buruk.
          Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan, anak didik, bekas pelajar , adik-beradik, rakan kenalan, saudara mara, serta rakan setaman yang telah mengunjungi saya di Hospital Besar Ipoh dan Hospital  Pantai Puteri kerana kehadiran Tuan/Puan amat beerti dan meningkatkan semangat saya untuk cepat sembuh. Saya juga berterima kasih kepada isteri dan anak-anak yang tidak putus-putus memberi bantuan kepada saya sebagai  insan cacat sementera. Saya redho dengan takdir Allah dan mengganggapnya sebagai ketentuan Allah. Saya mendoakan tahun 2012 memberikan rahmat dan sinar kepada saya sekeluarga serta semua insan. Wassalam.  
              

Tiada ulasan: