SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Khamis, 22 Mac 2012

PERASAAN SEDIH MENGENANGKAN NASIB PELAJAR SEMASA MENERIMA KEPUTUSAN SPM 2011

               Guru mana yang tidak berasa sedih apabila pelajarnya gagal mencapai kecemerlangan dalam mata pelajaran yang diajar. Umumnya, pabila keputusan peperiksaan diumumkan, perasaan gembira akan menyelubungi jiwa pelajar ketika menerima keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Sebaliknya, pelajar yang gagal mengapai kecemerlangan mereka akan berasa sedih dan kecewa atas kegagalan mereka. Namun, kekecewaan seorang guru lebih sedih, perit, dan hiba hiba kerana mereka terpaksa menanggung kekesalan setiap kali mengetahui ada pelajar di bawah naungannya  gagal  ujian terakhir dalam dunia pembelajaran.
              Namum, realitinya kita tidak semestinya sentiasa berada di puncak selamanya, kerana kegagalan bukan bermakna kehidupan akan berhenti di situ sahaja, takdir dan Allah yang Maha berkuasa untuk menentukan qadar dan qadaknya. Tambahan pula, kegagalan bukan erti kekalahannya, dan guru dan pelajar perlu mengenal erti perjuangan, jika kalah bangun semula kerana berada di bawah akan mengajar kita untuk mendaki ke puncak semula. Cuma, Allah memberikan manusia akal fikiran untuk mereka berfikir kenapa mereka berada di bawah dan bagaimana untuk berada di puncak semula.
              Justeru, pelajar dinasihatkan jangan mudah berputus asa dan kecewa kerana selagi bumi masih berada di paksinya dan matahari terus menjalankan tugasnya menentukan siang dan malam , ayuh teruskan perjuangan kerana sejarah telah membuktikan bahawa bukan semua tokoh dunia terus berjaya dalam kehidupan mereka tetapi bermula dengan kegagalan dan akhirnya membawa mereka ke puncak kejayaan. Antara, Rasulullah merupakan kekasih Allah bermula dengan kegagalan di Mekah dalam mengembangkan ajaran Islam, tetapi akhirnya berjaya menegakkan ajaran Islam, begitu juga dengan Thomas Edison, Alexander Graham Bell mereka bermula dengan kegagalan dan akhirnya berjaya membawa kemodenan apabila mencipta mentol dan telefon yang digunapakai untuk keselesaan manusia meneruskan kehidupan seharian dengan lebih ceria.
                   InsyaAllah, saya sebagai pendidik pula perlu  muhasabah diri, perlu merenung, memikir dan menguraikan punca permasalahan  pelajar gagal menggapai  kecemerlangan dalam SPM 2011 kerana setiap kegagalan mesti ada puncanya, mungkin kerana pengkaedahan pengajaran, faktor kondusif pembelajaran, dan sama sekali saya tidak merujuk kegagalan tersebut berpunca daripada pelajar kerana mereka sentiasa berusaha untuk berjaya. Mungkin dengan adanya perbincangan bersama rakan guru, dan melalui panitia Bahasa Melayu, permasalahan berkenaan boleh diperbincang dan diselesaikan secara bersama. Mungkin juga tahun 2009 dan 2010, bahasa Melayu  berada di puncak dan  pada tahun 2011 nasib mata pelajaran bahasa Melayu berada di bawah dan bersama-sama kita pastikan mata pelajaran bahasa Melayu berada dipuncak semula. InsyaAllah. Semoga saya boleh berada bersama pelajar semula dan tarikh 2/4/2012 amat saya nantikan. Saya amat menantikan analisa peperiksaan SPM 2011 untuk mata pelajaran bahasa Melayu kerana melalui perbandingan analisa peperiksaan Percubaan akan dapat  dijadikan post mortem untuk menentukan cara penyelesaian berkenaan boleh dilakukan.

Tiada ulasan: