SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 24 Mac 2012

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN SMKASAS 2012

Tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas Ala Parlimen SMKASAS kerana berjaya mengungguli Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Daerah Perak Tengah 2012 yang diadakan di  SMK Layang-Layang pada hari ini. Berita kemenangan berkenaan saya terima daripada salah seorang pembahas iaitu saudari Shafiqah Musa pada pukul 10.15 malam dan kemenangan mereka amat mengembirakan saya, warga sekolah dan guru pembimbing mereka. Sesungguhnya, kejayaan mereka adalah atas usaha mereka dan bantuan guru-guru pembimbing tanpa kehadiran saya. Saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang membantu pasukan bahasa ini dan juga kesungguhan setiap ahli pasukan untuk mencari bahan dan hajat dan cita-cita mereka untuk berjaya di peringkat daerah dan seterusnya negeri memang saya doakan.
      Saya dimaklumkan peringkat negeri akan diadakan di Kuala Kangsar pada hari Jumaat ini dan sekali saya mendoakan kejayaan pasukan bahas ini. Pastikan anda terus berusaha untuk memantapkan bahan dan cara penyampaian bahasa kerana di peringkat negeri anda akan berjumpa pasukan bahas yang lebih mencabar. Namun, saya pencaya  "Anda Boleh Melakukannya " dan selamat berjaya.

1 ulasan:

Harmi bin Mohammad Jamil berkata...

Dijemput pasukan bahas sekolah Tuan/Puan untuk menyertai program Bengkel Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2013 pada hari Sabtu, 26 Januari 2013 bertempat di IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari blog
http://belajardebat.blogspot.com

Terima kasih.