SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 20 April 2012

HARI PERTAMA BERADA DI SEKOLAH SELEPAS KEMALANGAN

         Setelah bercuti panjang, hari ini merupakan hari pertama saya mula bertugas dan guru-guru dan pelajar sibuk mengadaka latihan untuk Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik sekolah yang akan diadakan esok. Justeru, banyak pelajar dan guru bertumpu ke Dewan Besar As Shafie. Apabila saya berada di kelas 3 Al-Khaldun, cuma tujuh orang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas.
         Sesampai di sekolah seawal pukul 7.13 pagi saya  terus mendaftar kehadiran dan kemudian berjumpa dengan Penolong Kanan Pentadbiran untuk mendapat taklimat ringkas mengenai tugasan dan mendapatkan jadual harian. Namun, saya dimaklumkan jadual yang ada merupakan jadual sementara dan jadual baru akan dikeluarkan pada 7/5/2012 apabila pelajar tingkatan 6 bawah mendaftar diri di sekolah pada hari tersebut. Saya juga berbual dengan rakan guru yang telah lama tidak berjumpa setelah hampir 4 bulan bercuti.
           Sesungguhnya saya berasa seronok kerana dapat bertugas semula walaupun suasana hari pertama bertugas agak mencuakkan kerana saya seperti guru baru mula mengajar. Namun begitu, pengajaran dan pembelajaran tidak dapat berjalan kerana latihan Sambutan Hari Anugerah Akademik melibatkan banyak pelajar cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun 2011 iatu melibatkan pelajar ting 1, 2, dan 4 2011. Turut hadir esok ialah pelajar cemerlang PMR, dan SPM 2011.Pelajar-pelajar yang berjaya, tahniah diucapkan dan pelajar yang tidak berjaya naik ke pentas untuk menerima anugerah esok perlu meningkatkan keupayaan dan kesungguhan diri agar berjaya seperti pelajar cemerlang berkenaan.
          Esok juga diadakan Program Akur Janji  ibu bapa dan pelajar dihadapan guru kelas masing-masing. Semoga, program akur janji esok akan menjadi pemangkin kejayaan dan kecemerlangan pelajar 2012, sama ada dalam peperiksaan awam mahupun peperiksaan peringkat sekolah.
  

Tiada ulasan: