SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 25 April 2012

CUTI BERGANTI KERANA PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT NEGERI PERAK 2012

Pada 26,27 dan 28 April 2012 pelajar dan guru bercuti kerana asrama dan Dewan Besar As Shafie digunakan sebagai tempat pertandingan catur peringkat negeri Perak 2012. Justeru, pelajar diingatkan supaya menjalankan tanggungjawab untuk menyelesaikan kerja rumah yang telah diberikan. Pelajar ting. 4K, anda boleh membuka blog saya untuk pelajar SPM dan Ting. 4 kerana di situ saya telah memasukkan contoh bagaimana untuk menulis rumusan dan cara menjawab soalan pemahaman teks. InsyaAllah saya akan membantu anda menghasilkan karangan berpandu yang ditugaskan semasa cuti bertajuk Cara-cara berjimat cermat secepat yang mungkin.
        Sementara pelajar tingkatan 3, saya harap anda boleh merujuk blog Cikgu MohdRamsul kerana di situ anda boleh melihat modul bahasa Melayu PMR yang memaparkan pelbagai nota tatabahasa dan karangan. InsyaAllah dari semasa ke semasa saya akan cuba untuk memasukkan lebih banyak info berkaitan dan jika ada masa anda mencuba menjawab latihan bahasa terutama soalan berkaitan dengan formula tatabahasa dan jika anda tidak faham cuba bertanya kepada saya semasa sekolah dibuka nanti.
           Selamat bercuti dan menjalankan tanggungawab anda sebagai seorang pelajar.

Tiada ulasan: