SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 16 September 2012

PROGRAM ALUMNI SMKASAS 2012 EXCELENT, TAHNIAH PENGANJUR.

Pada 15/9/2012, buat pertama kali pengajur Majlis Tautan Budi Sulaman Ukhrawi Ziarah Eidulfitri ASAS 2012 dapat mengumpulkan ratusan bekas pelajar pelbagai bacth ( 29 batch) bersama guru-guru dan pengetua sekarang (Ustazah Naemah Ramli),bekas guru dan Pengetua Kedua SMKASAS Ustaz Megat di Casa Putra Bistro Sungai Buluh, Selangor dan kejayaan ini amat bermakna untuk semua. Justeru, penganjuran yang sama telah diserahkan kepada batch ketiga untuk tugasan yang sama pada tahun hadapan dan ini merupakan langkah yang bijak untuk memastikan penganjuran majlis sebegini besar akan berterusan dan terima kasih kepada pihak Penganjur iaitu Hj. Alwi Yunus, En. Mir Hazil Azran Ramli, Pn. Liza Duazi, Pn. Rauzita Mohd Judin, Pn. Jihan Rashid, serta rakan satu batch serta wakil batch dan rakan-rakan kerana bertungkus-lumus menganjur perjumpaan ini.. Semoga Allah merahmati usaha mengumpul hati-hati yang pernah berada di bawah satu bumbung SMKASAS.

3 ulasan:

My Words berkata...

InsyaAllah pada tahun ini akan diadakan di Stadium Indera Mulia pada Sabtu, 14.12.2013 (Minum Petang). Jemputan akan menyusul, insyaAllah. Harap Cikgu Ramsul dan warga pendidik SMKASAS dapat meluangkan masa. Faisal Batch 3.

My Words berkata...

Assalamualaikum, pada tahun ini majlis minum petang akan diadakan pada 14.12.2013 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Jemputan akan diedarkan dalam tempoh terdekat. Diharap Cikgu Ramsul dan Warga Pendidik SMKASAS dapat meluankan masa untuk hadir. Faisal Batch 3.

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Alhamdulillah, syukran kerana saya amat gembira melihat orgisasi alumni SMKASAS semakin tersusun dengan programnya lebih menjurus kepada sebuah badan yang memayungi keseluruhan ahlinya iaitu pelajar SMKASAS. Jika dahulu semasa saya memegang jawatan Setiausaha PIBG SMKASAS, saya memang berusaha untuk mendekatkan alumni dengan sekolah tetapi ketika itu sukar untuk saya mencari oranisasi alumni sebenar kerana ketika itu alumni begerak dalam kelompok kecil ataupun sekadar bergerak di atas bath sendiri dan tidak bergerak seperti alumni MCKK, STAR, dan malangnya tidak sehebat seperti alumni SM Izuddin dan sebagainya. Kini alumni SMKASAS hebat kerana setiap bacth saling bertaut. Saya berdoa semoga Alumni SMKASAS akan bertambah besar keluarganya. Saya paling tertarik semasa perjumpaan pertama alumni secara rasmi hujung tahun lepas, memang hebat setiap bacth bangga menghadirinya. Pada tahun ini saya mendokan semoga perjumpaan alumni akan lebih meriah dan mengalahkan pertemuan keluarga. IsnyaAllah sekiranya ada jemputan rasmi, kami warga pendidik SMKASAS akan ke sana.