SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Khamis, 8 November 2012

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TING. EMPAT DAN DUA SMKASAS 2013

           InsyaAllah, anda boleh melihat blog kedua (PMR) dan ketiga saya (SPM) untuk mendapatkan bahan kerja rumah dan info mengenai tabahasa, kaedah mengarang, ringkasan, rumusan, latihan pemahaman teks. Hal ini kerana kami guru-guru bahasa Melayu tidak sempat untuk mencetak bahan kerja oleh sebab kesuntukan masa. Tambahan pula, saya dan Cikgu Sirajuddin mempunyai tanggungjawab dan tugas, iaitu saya tiada di sekolah semenjak hari Isin sehingga Rabu kerana menghadiri Mesyuarat Penyelarasan PMR dan Cikgu Sirajuddin pula bertugas sebagai Ketua Pengawas SPM sudah pasti masanya habis mengendalikan peperiksaan berkenaan sehingga tamat  Peperiksaan SPM.
            Oleh sebab, kekangan masa, bahan dan info tersebut saya masukkan ke dalam blog saya di atas, dari semasa ke semasa dan kepada pelajar Ting 4K, sebarang kerja yang anda lakukan boleh dihantar kepada saya menggunakan email saya di mohdramsul@yahoo.com, atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya melalui face book. Justeru, sekiranya anda ingin memperoleh kecemerlangan dalam Peperiksaan PMR dan SPM, anda perlu rajin dan selalu membuat latihan agar kemahiran anda untuk menjawab soalan berdasarkan format peperiksaan PMR atau SPM menjadi kenyataan. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan bahan bercetak untuk anda. Bak kata pepatah jika tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunga. Alang-alang belajar biarlah cemerlang bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biarlah ke pangkal lengan. Sebagai ketetapan, pelajar Ting. 4K wajib melaksanakan tugasan ini dengan hasilan cemerlang, dan elakkan daripada mengaplikasi secara mudah setiap tugasan seperti melepaskan batuk di tangga. Apabila sesi persekolahan di buka pada tahun hadapan hasilan anda akan saya semak, insyaAllah.
              Kepada pelajar Ting. 2, hebahkan kerja-kerja di atas kepada rakan-rakan anda kerana saya tidak bertemu dengan anda, dan sekiranya saya ingat saya akan menguar-uarkannya esok. Jika tidak silap, saya akan memegang kelas Ting. 3S dan 3B pada tahun hadapan, jika salah saya akan maklumkan kemudian kerana ketetapan tugasan mengajar kelas berkenaan telah saya catatkan dalam borang pembahagian tugas guru pagi tadi. Harap maklum.

SEKIRANYA ANDA MEMBACA MATLUMAN INI, SAYA MASIH BELUM MEMASUKKAN LAGI BAHAN KERJA RUMAH UNTUK CUTI SEMESTER AKHIR 2012. INSYAALLAH SAYA AKAN MASUKKAN KERJA RUMAH BERKENAAN PADA MALAM INI JUGA.  KEPADA PELAJAR YANG SUDAH MEMBACA MAKLUMAN DI ATAS, TAHNIAH SAYA UCAPKAN KERANA ANDA SUDAH MENANAMKAN NIAT PERMULAAN UNTUK MENDAPATKAN BAHAN YANG SUDAH SAYA UAR-UARKAN SEMASA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PAGI TADI DI DEWAN MAKAN ASRAMA. CUMA ANDA BOLEH MELAYARI LAMAN ATAU BLOG SPM DAN PMR SAYA KERANA BANYAK INFO BERKAITAN KEMAHIRAN BAHASA DI SANA DAN SEKURANG-KURANGNYA ANDA BOLEH MENIMBA ILMU BERKAITAN KAEDAH PENULISAN KARANGAN YANG BAIK, BAHAN TATABAHASA DAN PELBAGAI LAGI. SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG SUDAH MELAYARI BLOG BERKENAAN. PERKASAKAN BAHASA MELAYU ANDA BERMULA PADA SAAT INI. WASALAM.

Tiada ulasan: