SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 9 November 2012

MESYUARAT GURU YANG AMAT BERMAKNA SEBAGAI PENAMAT SESI PERSEKOLAHAN 2012

       Selepas Program Jamuan Akhir Tahun 2012 yang berakhir pada pukul 9.30 pagi tadi, pentadbir dan guru-guru SMKASAS berkumpul di bilik gerakan untuk mesyuarat akhir sesi persekolahan 2012. Buat pertama kalinya beberapa perbincangan terbuka dijalankan antaranya perbincangan untuk memperkasakan SMKASAS kerana usaha berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk idea dan strategi ke arah merealisasikannya bukan sekadar retorik atau sekadar menanam tebu di bibir sahaja agar matlamat utama untuk memacu kecemerlangan SMKASAS agar menjadi kenyataan.
        Pada mesyuarat tersebut saya terpanggil untuk membicarakan soal perlunya ada meja bulat atau kumpulan pemikir dalam menentukan arah tuju kecemerlangan SMKASAS kerana soal strategi dan perancangan yang menjadi dasar atau "blue print" sekolah perlulah relevan dan diperincikan secara teliti kerana jika hanya beberapa orang sahaja membicarakan soal dasar sekolah tidak memcukupi kerana dasar berkenaan juga perlu dibincangkan diperingkat akar umbi. Maknanya, susur galur pentabiran sekolah bermula dengan Puan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, dan Guru Kanan Bidang dan dikuti dengan guru-guru sebagai kumpulan pelaksana. Justeru, pihak pentadbiran sekolah perlu memikirkan peranan pelaksana setiap dasar sekolah kerana sekiranya dasar yang dijadikan panduan longgar atau kurang difahami oleh pihak pelaksana maka program yang dijalankan akan gagal. Tambahan pula, perbincangan awal mengenai dasar sekolah sama ada untuk memperkasakan kurikulum, kokurikulum, dan sahsiah pelajar bukan mudah dan saya menambah bahawa perlu ada perbincangan khas mengenai perkara berkenaan dan pihak pentadbir tidak boleh mengambil mudah membicaranya pada sesi mesyuarat seperti hari ini kerana masa begitu suntuk. Perbincangan perlu teliti dan melibatkan setiap unit susur galur yang diperkatakan iaitu daripada atas hingga ke bawah.
           Disamping mengejar kecemerlangan, pihak pentadbir sekolah juga tidak boleh alpa daripada tugasan setiap guru di sekolah. Mereka juga insan yang memerlukan ketenangan, rehat , masa berkeluarga, masa bermasyarakat, dan ketenangan ketika bermunajat kepada Ar-Rab. Sekiranya soal ketenangan insan ditinggalkan maka akan wujudnya stress dalam kalangan guru. Terutamanya jika ada pada satu masa terdapat pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh guru-guru. Memang pada mata kasar SMKASAS berjaya dalam pelbagai pertandingan samada melibatkan aktiviti kurikulum dan kokurikulum tetapi apa yang kita perlu fokuskan ialah keseimbangan kejayaannya, maksud saya kejayaan yang perlu kita realisasikan ialah kejayaan yang hakiki. Jika berjaya dalam kurikulum kejayaan yang kita perlukan ialah kejayaan menyeluruh semua mata pelajaran dan begitu juga kejayaan kokurikulum pula perlu berfokus iaitu bidang mana yang kita utamakan supaya pasukan yang terlibat dalam aktiviti luar betul-betul mantap dan berjaya meningkatkan imej sekolah. Selain itu, setiap tugasan guru perlulah seimbang, guru-guru boleh diibaratkan seperti enjin sebuah kereta yang mempunyai kapasiti muatan dan had kelajuan tertentu. Sekiranya pemandu memuatkan muatan berlebihan dan halaju yang dipaksa sudah pasti enjin kereta berkenaan tidak mampu untuk menampung muatan dan halaju yang cuba dipaksa oleh pemandu berkenaan, dan sudah pasti enjin kereta tersebut akan rosak. Saya pula, bukan orang yang suka berkata yang bukan-bukan tetapi jika saya mula membuka mulut saya, saya akan bercakap sehingga saya berpuas hati kerana saya tidak suka untuk memendam perasaan takut darah tinggi. Hakikatnya, apabila kita mula banyak berkata-kata secara langsung kelemahan diri kita akan terbongkar. Itu paling saya risau. Tambahan pula, jika kita menggunakan jari telunjuk menunding kepada orang lain, empat jari lagi akan menunding kepada diri kita kembali. Usah kita menyalahi antara satu sama lain dan pendapat saya ini hanya untuk dikongsi bersama dalam konteks meryuarah, fokusnya adalah untuk kebaikan. Kesimpulannya, mesyuarat pada hari ini amat bermakna kerana sekurang-kurangnya Puan Pengetua dapat melihat guru-guru SMKASAS memang hebat, dan lakukanlah sesuatu untuk kebaikan bersama kerana SMKASAS ialah sekolah kita dan tanggungjawab warga SMKASAS sendiri yang akan menentukan kecemerlangan dan hala tuju Institusi Pendidikan ini sama ada berada di atas atau di bawah.
          Namun, kata kunci saya " Saya sayang akan SMKASAS kerana saya bangga menjadi Guru SMKASAS. Semoga SMKASAS akan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang. InsyaAllah.

Tiada ulasan: