SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 2 Disember 2012

ASALAMUALAIKUM KEPADA PELAJAR KLUSTER SMKASAS

          Sehingga ke hari ini, saya dapat membuat kesimpulan iaitu hanya pelajar cemerlang dan hebat sahaja yang akan mengikuti arahan saya. InsyaAllah, saya akan pantau kerja-kerja pelajar saya yang akan bernaung dalam kelas 5K, dan 4S 2013. Bukan mudah untuk membudayakan pelajar bersedia untuk menghadapi peperiksaan 2013 dan pelajar yang akan mulai membicarakan silibus Bahasa Melayu untuk menengah atas iaitu pelajar PMR 2012. Begitu juga pelajar ting. 2 2012 yang akan menghadapi peperiksaan 2013.                  
            InsyaAllah saya akan menjadi tenaga pengajar ting 3S dan 3B pada tahun hadapan, tak silap saya.Saya menyarankan anda supaya memberikan lebih tumpuan kepada soalan kertas 1 iaitu merujuk kepada kemahiran tatabahasa, selain soalan komsas antologi. Cuba buat persediaan untuk menguasai soalan bahagian tatbahasa. Untuk makluman pelajar ting 2 yang akan bergerak ke tingkatan 3 pada tahun hadapan, saya akan cuba untuk menghasilkan semula modul kertas bahasa Melayu, dan modul tersebut sebenarnya sudah ada saya masukkan ke dalam blog PMR, jika anda bijak dan sebagai pelajar kluster cuba kuasai modul-modul tatabahasa yang terdapat di dalam blog tersebut, supaya tindakan anda tersebut akan memudahkan perbincangan tatabahasa pada tahun hadapan. Banyak bab tatabahasa yang perlu anda kuasai iaitu tentang kata nama, kata kerja, kata adjetif, kata majmuk, dan banyak lagi termasuk frasa dan ayat. Ingat, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, dan elakkan sikap bertangguh dalam persediaan menghadapi PMR pada tahun hadapan kerana sikap sedemikian akan merugukan anda.
               Jadilah pelajar Kluster sebenar bukan sekadar menumpang di sekolah Kluster SMKASAS sahaja. Untuk makluman, sehingga kini saya tidak pernah kenal erti cuti sebenar percutian semester kedua kerana saya terus bekerja menyemak kertas PMR, SPM dan dijemput mengendalikan kelas tuisyen. Namun, saya puas hati dalam kerja yang berat saya dapat juga mengendalikan blog ini. Jadikalah pelajar kluster sebenar. Ingat, sesiapa yang belajar di bawah saya, saya akan pantau kerja-kerja anda. InsyaAllah.
        

Tiada ulasan: