SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Isnin, 24 Disember 2012

BERCUTI BERSAMA KELUARGA DAN MEMBAIKI RUMAH

           Alhamdulillah, setelah selesai tugasan menyemak kertas Bahasa Melayu 2 PMR dan SPM 2012, saya berkesempatan membeli belah di EON baru Manjung, berkelah di Teluk Senangin bersama keluarga semalam dan hari ini saya meluangkan masa untuk membaiki dan menambah lampu dinding rumah serta menggantikan kipas syiling yang rosak. Sebelum itu, pada 16/12 saya telah ke Behrang untuk melihat sendiri rumah sewa anak saya yang sulung kerana menyambung pelajaran untuk semester kedua dalam jurusan akauntan di Politeknik Behrang. Sementera itu, pada 20/12/2012 saya ke Melaka untuk mendaftar anak saya dalam jurusan Diploma Peniagaantani di Kolej Risda, Melaka. Di samping itu, bersyukur saya kehadrat Allah kerana telah memberikan saya tenaga untuk menjalankan tugas sebagai guru di Pusat Tusyen Ibnu Sina untuk menjadi tenaga pengajar PMR dan SPM. Walaubagaimanapun, saya terpaksa menarik diri 3 sesi kelas tuisyen berkenaan apabila saya terpaksa ke sekolah pada 19/12/2012 untuk bersama pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan anak didik PMR menerima keputusan PMR 2012. Hal ini kerana sebagai Ketua Panitia saya perlu membuat analisa pencapaian mata pelajaran bahasa Melayu pada hari berkenaan, sekaligus melihat pencapaian dua kelas di bawah selenggaraan saya iaitu kelas 3K dan 3S. Sekali lagi kesyukuran yang amat sangat saya ucapkan kepada Ya Rabb... kerana pada tahun ini saya diberikan keupayaan yang tinggi untuk menjayakan tugasan saya dengan sempurna.
               Dalam seminggu ni, badan saya kurang sihat, saya kerap demam dan batuk sehingga suara saya parau. Setelah seminggu minggu makan ubat yang dibeli daripada Farmasi Seri Iskandar, saya telah mendapatkan rawatan di Klinik Dr. Azhar di Sidec Seri Iskandar pada hari Sabtu lepas. Dr. Sofia yang bertugas memberi saya ubat batuk, ubat demam, dan antibiotik untuk di makan selama seminggu. Sekiranya batuk dan demam saya tidak sembuh dalam tempoh tersebut, beliau meminta saya mendapat rawatan di hospital kerana semasa memeriksa saya, didapatinya paru-paru saya berbunyi. Saya berdoa, saya tidak akan dijangkiti penyakit yang berbahaya. InsyaAllah. Kini saya menunggu mesyuarat guru untuk persediaan menghadapi sesi persekolahan 2013. Semoga banyak info dan perbincangan ke arah merealisasikan kecemerlangan  SMKASAS.
               Semoga berdoa agar Allah akan melapangkan dada dan fikiran, serta memberikan tenaga dan idea kepada anak-anak saya, anak didik SMKASAS supaya terus belajar dan menumpukan perhatian kepada tugasan mereka untuk berjaya dalam pembelajaran mereka sama ada ilmu dunia mahupun akhirat. Juga, saya berdoa agar Allah memberikan kesihatan tubuh badan saya untuk meneruskan usaha untuk memperkasakan mata pelajaran bahasa Melayu pelajar SMKASAS. Amin.

Tiada ulasan: