SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 18 Disember 2012

KEPUTUSAN PMR 2012 AKAN DIUMUMKAN ESOK

Esok pelajar PMR 2012 akan mengentahui keputusan peperiksaan mereka. Sudah pasti mereka berasa berdebar-debar apabila keputusan peperiksaan diumumkan oleh Puan Pengetua. Namun, ibu bapa dan guru-guru yang terlibat mengajar mata pelajaran PMR juga akan menerima bahangnya. Sudah pasti, ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka akan mendapat keputusan cemerlang. Sementara guru mata pelajaran akan membuat analisis pencapaian pelajar, sama ada keputusan PMR tahun ini memberangsangkan ataupun tidak. Namun, hakikat pelajar, ibu bapa, dan guru berharap keputusan PMR 2012 cemerlang. InsyaAllah. Amin.

Tiada ulasan: