SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 6 Februari 2013

PROGRAM PENGENALAN BAHAS ALA PARLIMEN 2013

      Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Persatuan Bahasa Melayu SMKA Sultan Azlan Shah akan menganjurkan Program Berkenalan Dengan Bahas Ala Parlimen pada hari Khamis, dan program berkenaan akan dijalankan di Dewan Besar As-Safie pada pukul 3.00 petang. Paling mengembirakan apabila seramai lebih kurang 80 orang pelajar berminat untuk menyertai program berkenaan dan sudah pasti ketika ini ruang dan peluang untuk saya dan Cikgu Hermawany untuk mengambil kesempatan menarik minat pelajar ke arah aktiviti perbahasan dan seterusnya mencari pelapis pembahas.
      Dalam pada itu, saya terus mencari bahan yang perlu dibentang dan disajikan kepada pelajar, antaranya, video perbahasan pelajar semasa bertanding di SMK Raja Perempuan Kalsom dan ketika itu pembahas sekolah bertarung dengan SMK Taman Tasik, Taiping. Saya pasti Farhana, Fauzi Jipri, dan rakan-rakan pembahas lain masih ingat memori berkenaan. Selain itu, saya berusaha untuk mengumpul bahan seperti contoh teks perbahasan, pemarkahan pertandingan bahas, dan strategi yang perlu ada dalam perbahasan.Agak lama juga saya  mengesan bahan-bahan berkenaan dan akhirnya, saya berjumpa juga.
      Esok, saya akan berbincang dengan Cikgu Hermawany kerana timbul keperluan untuk mengadakan mesyuarat Persatuan Bahasa Melayu dalam membicara persediaan sebelum program berkenaan diadakan antara perkara yang perlu difikirkan adalah persediaan bahan, persedian tempat, aturcara program dan perlunya jawatankuasa pesiapan kerana kesilapan dan merangka pelaksanaan program memungkinkan timbulnya masalah semasa program berkenaan dijalankan. Hal ini kerana pada peringkat awal perbincangan diadakan secara tidak formal. Namun, apabila saya melihat minat dan bilangan pelajar yang ramai untuk terlibat dengan program berkenaan, maka perlunya mesyuarat yang lebih formal untuk memastikan perjalanan program berkenaan lancar. Sebenarnya, banyak perkara yang perlu dibincangkan selain bahan, iaitu susun atur kerusi, permohonan menggunakan dewan, maklumat kepada PK Kokurikulum, dan sebagainya perlu difikirkan esok termasuk melantik jawatankuasa pelaksana. Bak kata pepatah alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan, dan alang-alang mandi biar basah. Semoga program berkenaan akan menjadi pembakar semangat dan mengembalikan semula era kebangkitan Pasukan Pembahas Ala Parlimen SMKASAS. Tahniah kepada pelajar kerana berminat untuk mendalami kemahiran berbahas merupakan aktiviti berbahasa yang memerlukan pelajar bijak mencari bahan, bijak menganalisis bahan, dan bijak membuat keputusan secara spontan dalam menangani sebarang serangan pihak lawan. Semoga dengan adanya program berkenaan, aktiviti susulan akan dirancang termasuk Pertandingan Bahas Peringkat Sekolah, pemilihan pembahas sekolah, "team work" pengumpulan bahan dan sebagainya. Apabila timbulnya program begini terasa muda pula jiwa ini. Begitu juga dengan pasukan Bola Baling sekolah, pelajar juga mula berminat. Hai macam mana hendak mengendalikan semua ni. Memang tanggungjawab tersebut berat tetapi apabila setiap perancangan dan program berkenaan berjaya penat dan lelah akan hilang terutama jika ada orang yang membantu dan bekerjasama untuk melaksanakannya, kerja akan bertambah ringan. Untuk makluman, pelajar atau pemain Bola Baling sudah berusaha menyiapkan padang permainan dengan kerjasama Abang Sharif.
            Inilah erti tanggungjawab, perlu dilaksana, dan hasilannya kecemerlangan dan kejayaan. Semua boleh jika setiap pekerjaan didahulukan dengan keikhlasan tetapi bukan dengan paksaan. Semuanya telah saya lalui sepanjang 21 tahun berkhidmat dalam profesion perguruan dalam masa yang sama baru saya sedar bahawa diri ini sudah masuk ke alam senja. Sekian.

Tiada ulasan: