SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 19 Februari 2013

PERTANDINGAN ASRAMA LIMA BINTANG PERINGKAT NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2013



            Asrama lima bintang begitulah situasi dan perbincangan guru-guru dan pelajar SMKASAS pada minggu ini. Hal ini kerana pada hari Isnin iaitu semalam telah diadakan mesyuarat khas  Asrama Lima Bintang melibatkan  Puan Pengetua dan Penolong Kanan Sekolah, Jawatankuasa Bangunan, Kecerian, dan Penyelengaraan, Jawatankuasa Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan serta Jawatankuasa Pengurusan Asrama. Keputusannya, pada hari Rabu dan Sabtu ini akan diadakan gotong royong perdana untuk tujuan tersebut. Saya juga  berkesempatan berbual dengan Puan Pengetua yang memaklumkan bahawa PPD Perak Tengah telah  mencalonkan SMKASAS sebagai wakil daerah  ke pertandingan Asrama Lima Bintang peringkat negeri Perak. Oleh sebab itu, persiapan pertandingan perlu dijalankan dengan segera.

          Justeru, tugasan dan tanggungjawab warga SMKASAS sama ada pentadbir, guru, dan pelajar untuk merealisasikan asrama lima bintang amat perlu, disamping usaha untuk memperkasakan akademik dan kokurikulum.  Berdasarkan  sekolah yang telah berjaya diiktiraf sebagai Sekolah berasrama lima bintang seperti SMK Sultan Badlishah, Kedah kejayaannya  disusuli dengan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum walaupun sekolah ini bukan sekolah berasrama penuh. Justeru, dari segi kriterianya SMKASAS juga bukan sekolah berasrama penuh tetapi sekolah asrama harian, cuma pelajarnya 100% tinggal di asrama. InsyaAllah melalui usaha dan kerjasama, serta kerja-kerja yang dijalankan oleh Jawatankuasa  Bangunan, Kecerian, dan Penyelengaraan di ketuai oleh Tn. Hj. Hasnan b. Basri,  En. Khairi Bahagian Fizikal dan Bangunan, dan En. Ahmad Sirajuddin b. Mohd Tahir Bahagian Kecerian Sekolah telah menampakkan hasilnya seperti wujudnya tanaman bunga di persekitaran  Pondok Pengawal ,  wujudnya bena besar Sekolah Kluster dengan lampu limpah di  luar pagar hadapan sekolah, taman dan air terjun, rumput karpet menghijau, serta  kolam ikan di sebelah dewan besar,  terbaru binaan besi pemegang bena di sekitar dataran kejat dan jalan masuk ke tempat letak kereta guru, membaik pulih binaan tempat ucap utama di dataran kejat dan banyak lagi. Tahniah, dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa  Bangunan, Kecerian, dan Penyelengaraan SMKASAS kerana bukan semua orang boleh melakukan kerja-kerja sedemikian rupa. Tidak ketinggalan ucapan terima kasih kepada En. Sharif Bahazin b. Mohd Akip yang sentiasa membantu setiap sudut dan bidang dan sekian lama menabur bakti di bumi bertuah SMKASAS. Di sinilah kekuatan tenaga pengajar dan staff SMKASAS kerana masing-masing mempunyai kepakaran dan jika digabungkan akan melahirkan kecemerlangan SMKASAS dalam pelbagai bidang.

       Justeru, dengan adanya mesyuarat khas asrama lima bintang dan penglibatan jawatankuasa  Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan dan Jawatankuasa Pengurusan Asrama sudah pasti impaknya akan lebih besar terhadap keceriaan asrama. Diharapkan juga, Program Gotong Royong Perdana pada hari Rabu dan Sabtu, akan berlaku perubahan kecerian di Asrama SMKASAS.  Di samping, pertandingan Asrama Lima Bintang, paling utama pelajar sudah pasti akan lebih kondusif tinggal di persekitaran dan dalam asrama yang ceria. Semoga tenaga pengajar dan pelajar SMKASAS akan cemerlang dalam semua bidang. InsyaAllah.

CONTOH BORANG PENARAFAN PIAWAIAN KUALITI ASRAMA HARIAN

Tiada ulasan: