SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Khamis, 21 Februari 2013

PERTANDINGAN BAHAS PARLIMEN BAHASA MELAYU PERINGKAT AWAL

Pada 22 hb. Februari 2013, jam 3.00 petang, Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Sekolah akan diadakan bertempat di kelas Ting. 3. Usul pertandingan pertandingan peringkat awal bertajuk Mata Pelajaran Sains  dan Matematik Wajar Menggunakan Bahasa Melayu.. Sebanyak tujuh pasukan telah mendaftar untuk menyertai pertandingan tersebut. Diharapkan esok, masih ada ada pasukan baru yang kana turut serta untuk pertandingan berkenaan. Syabas kepada pasukan bahas yang akan bertanding dan semoga pasukan anda berjaya.  Dengan adanya pertandingan berkenaan akan memudahkan guru-guru penasihat untuk mengesan pelajar yang berkaliber, matang, dan kreatif dalam mempertahan hujah untuk pasukan kerajaan dan mematah hujah lawan untuk pasukan pembangkang. Namun setiap pasukan perlu arif untuk berada pada dua-dua paksi, sama ada paksi pasukan kerajaan atau pembangkang kerana kedudukan mereka bergantung kepada pengundian. Justeru, saya beranggapan kemahiran untuk bertanding dalam pertandingan bahas merupakan aktiviti berbahasa yang paling tinggi kerana pelajar perlu mahir dalam semua bidang sama ada kekayaan maklumat, kemahiran tatabahasa, kemahiran berhujah dan menyelitkan bahasa kreatif,  di samping ketrampilan pelajar berkenaan. Semoga melalui pertandingan berkenaan akan meneruskan penguasan Pasukan Bahas SMKASAS di peringkat daerah, negeri dan insyaAllah di peringkat kebangsaan sebagaimana terbukti dengan sejarah penguasaan SMKASAS dalam pertandingan tersebut sebelum ini. Kita hanya merancang, hanya Allah yang lebih mengetahui potensi pasukan bahas akan datang dan yang paling penting usaha dan kesungguhan antara membantu untuk melahirkan pasukan pembahas yang cemerlang.

GAMBAR PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT SEKOLAH
PERINGKAT AWAL (USUL :- MATA PELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK WAJAR DIAJAR MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU



Tiada ulasan: