SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 5 Februari 2013

PERMASALAHAN JENTERA INTERNET SETELAH MENAMATKAN PERKHIDMATAN TM YANG BERMASALAH

     Sehingga ke hari ini saya menghadapi dilema dalam menghadapi ragam Telekom Malaysia dan akhirnya semalam saya telah membuat keputusan untuk menamatkan perkhidmatan TM setelah saya menggunakan perkhidmatan tersebut selama  12 tahun. Kini timbul pula dilema jentera internet mana yang perlu saya pilih, maksud saya broadband, sama ada Maxis, YTL, Digi, Wymax dan sebagainya. Setelah menamatkan perkhidmatan TM setelah berurusan di Kedai TM Batu Gajah, saya singgah di Kedai Celcom Seri Iskandar, namun saya dapati perkhidmatan Celcom tidak ada perkhidmatan WIFI, dan kemudian saya ke Kedai Maxis di TESCO, dan berdasarkan salah seorang rakan saya mengatakan bahawa di kedai berkenaan ada menjual peranti broadband Wifi Maxis, tetapi disebabkan tidak ada jaminan perkhidmatan 3G di kawasan saya, pekedai tersebut meminta saya cuba mengesan sama ada perkhidmatan 3G ada disekitar kawasan perumahan saya. Tambah pekedai tersebut, saya tidak boleh menukar kembali broadband maxis saya beli sekiranya perkhidmatan tersebut tidak ada. Sudah pasti masalah lain pula akan timbul sekiranya peranti berkenaan tidak boleh beroperasi sebagaimana yang saya harapkan.
       Sebagai langkah awal, saya telah memohon jasa baik salah seorang guru untuk meminjam broadband wifi maxisnya dan setelah saya cuba, saya dapati di kawasan saya cuma ada perkhidmatan 2G sahaja. Setelah mencuba perkhidmatan Maxis dengan keizinan rakan saya, saya dapati perkhidmatan 2G agak lembab, dan pada ketika penulisan saya buat menggunakan perkhidmatan Wifi Maxis Broadband. Esok, saya telah meminta sahabat saya Cikgu Mohd Noor untuk mengesan penggunaan Broadband Celcom dan YTL Yes. Apappun terima kasih kepada Cikgu Hermawany yang sudi meminjam peranti Broadband Wifi Maxis yang sedang saya cuba ini dan terima kasih juga kepada Cikgu Mohd. Noor yang akan berjanji ke rumah saya selepas kursus di Bota, esok. Begitulah erti persahabatan. Saya berdoa agar, saya bertemu peranti yang sesuai  saya gunakan untuk mengedalikan blog, dan perkhidmatan internet yang lain. Jika peranti WIFI lain tidak boleh berfungsi, kemungkinan saya akan menggunakan broadband biasa sahaja, cuma saya lebih suka WIFI kerana apabila anak-anak saya pulang bercuti mereka akan menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat.  Semoga saya boleh menggunakan internet seperti biasa selepas ini. InsyaAllah. Kadang-kadang, peribahasa Melayu ada mengatakan kawan ketawa senang dicari tetapi kawan menangis........ tetapi kita akan mempunyai kawan sejati sekiranya kita bersikap bantu membantu, bersikap bertolak ansur, bersikap memberi dan menerima, terutama dalam organisasi. Kita juga perlu ingat, ada masa kita di atas dan ada masa kita di bawah kerana kehidupan itu ibarat roda. Hanya Allah yang mengetahui segala kelebihan dan keburukan kita, namun kehidupan perlu diteruskan dengan menggunakan akal dan fikiran. Kita juga perlu ingat semua yang ada kita hanya berupa pinjaman atas zat Allah, dan kita juga perlu ingat supaya sentiasa bersedia jika zat dan pinjaman tersebut ditarik oleh Allah Yang Maha Berkuasa.

Tiada ulasan: