SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Jumaat, 1 Mac 2013

PEMERGIAN PELAJAR LEPASAN PMR 2013 KE SBP, SBPI DAN KISAS

   Sekali imbas pemergian banyak pelajar SMKASAS ke institusi pengajian sama ada SBP, SBPI atau KISAS pada tahun ini agak luar biasa. Jika dikira secara kasar, pelajar cemerlang SMKASAS iaitu seramai 57 orang mendapat keputusan 9A pada tahun 2013. Boleh dikatakan lebih 40 orang pelajar cemerlang ini telah keluar untuk melanjutkan pelajar institusi yang dinyatakan di atas, namun beberapa orang pelajar bertindak untuk meneruskan pengajian di SMKASAS.
      Saya terpanggil untuk berbicara perkara ini kerana pemergian pelajar ini sedikit sebanyak memberi impak kepada SMKASAS sendiri dan keuntungannya kepada sekolah-sekolah berasrama penuh di atas. Namun, saya sama sekali tidak berniat langsung menghalang pemergian mereka atau menyalahkan pemergian mereka, kerana setiap kali saya berjumpa atau mendengar keluhan pelajar ini, saya terus memberikan pandangan secara jujur, dan adakalanya memberi sokongan kepada mereka sekiranya mereka ingin membuat perubahan terutama untuk merubah stastus mereka menjadi pelajar sekolah asrama penuh. Hal ini kerana SMKASAS bukan sebuah sekolah berasrama penuh, cuma sekolah harian sahaja tetapi bertaraf kluster Kecemerlangan.
          Namun, saya amat bangga kerana sekurang-kurangnya SMKASAS berjaya melahirkan banyak pelajar cemerlang, mana tidaknya kerana tapisan kemasukan ke sekolah di atas merupakan tapisan pelajar yang mengikut status kecemerlangan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Justeru, memang saya amat sedih disamping gembira atas pemergian mereka. Gembira saya kerana mereka ini merupakan kalangan pelajar cemerlang SMKASAS, kesedihan saya kerana mereka merupakan pelajar hasil titik peluh guru-guru SMKASAS terutama guru yang banyak berusaha untuk memastikan mereka cemerlang semasa di peringkat menengah bawah dahulu iaitu semasa di tingkatan tiga. Bayangkan, lebih 20 orang pelajar SMKASAS ke KISAS, bolehlah kita membayangkan KISAS merupakan KASAS. 
               Justeru, sebagai seoarang guru, saya dan guru-guru lain tidak akan mengenal erti kesal, sedih, kalah dalam menghasilkan pelajar cemerlang setiap masa kerana itu merupakan tugasan dan tanggungjawab kami. Pada tengah hari tadi saya sempat berbual dengan Puan Pengetua di kantin berbicara atas isu berkenaan dan beliau berkata sepatutnya isu kecemerlangan sepatutnya diambil tahu oleh Jabatan Pelajaran Perak (JPN), Bahagian Pendidikan Islam (KPM)  dan juga Kementerian Pelajaran (KPM) kerana pemergian mereka juga atas tapisan pihak berwajib ini. Justeru, apabila isu keputusan SPM, timbul sebenarnya impak dari perkara di atas. Namun, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kehendak pelajar dan ibu bapa tidak boleh kita pertikai kerana masing-masing lebih menjurus ke arah kecemerlangan dan sudah pasti sekolah berasrama penuh, terutama kluster atau bertaraf Sekolah Berprestasi Tinggi menjadi igauan mereka. Sungguhpun begitu, adakah kita boleh berpeluk tubuh dan membiarkan semuanya terjadi seolah-olah situasi tersebut biasa kerana perpindahan pelajar secara besar-besaran ini perlu dibuat post mortem melibatkan Pentadbiran, Unit Kaunselor, Unit Peperiksaan, Panitia Mata Pelajaran, Pengurusan Warden, dan semua warga SMKASAS untuk berusaha memastikan SMKASAS sebenar-benarnya sekolah kluster kecemerlangan. Apabila semua warga SMKASAS sedar, SMKASAS sebuah institusi cemerlang, sudah pasti isu pelajar berpindah sekolah ini tidak akan berlaku kerana mereka sedar bahawa SMKASAS juga lebih hebat daripada sekolah-sekolah berasrama penuh yang lain.
                   Oleh sebab itu, banyak faktor perlu diberi keutamaan untuk mengelak kejadian ini daripada terus berlaku, kerana pelajar cemerlang ialah aset utama kepada setiap sekolah. Justeru, pentadbiran perlu mengklusterkan semua faktor, kluster keceriaan, kluster akademik, kluster pelajar, kluster pendidik, kluster asrama sebagai mana yang dikhususkan ketika ini, dan semuanya perlu berlaku berterusan bukan sekadar program jangka pendek tetapi program jangka panjang. Tidak ada yang mustahil kerana paling utama usaha dan bertanggungjawab semua warga SMKASAS kerana sememangnya SMKASAS cemerlang. Di samping itu, PIBG SMKASAS juga perlu bekerjsama denga pentadbiran sekolah untuk menyedarkan ibu bapa bahawa sememangnya SMKASAS merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan dan tidak ada faedahnya SMKASAS kluster akedemik tetapi pelajar dan ibu bapa beranggapakan SMKASAS hanya sebagai sekolah transit untuk anak-anak mereka atau dengan kata lain SMKASAS menjadi batu loncatan untuk anak-anak mereka ke SBP dan SBPI, atau ke KISAS.  Selain itu, alumni juga perlu turun untuk memberi motivasi kepada adik-adik mereka generasi baru agara terus beada di SMKASAS untuk memastikan SMKASAS terus menjadi sekolah kluster akedemik malah kepada sebuah sekolah Sekolah Berprestasi Tinggi. InsyaAllah melalui rasa tanggungjawab dan sayang akan SMKASAS, semua jalinan organisasi di atas akan membuahkan hasil sekiranya terdapatnya pertautan usaha dan kerjasama kerana pepatah Melayu ada menyatakankan genggam bara api biarlah sampai menjadi arang, alang-alang mandi biarlah basah, cubit peha kiri, peha kanan terasa, yang bulat tidak akan datang bergolek, dan yang pipih tidak akan datang melayang. Justeru marilah kita melakukan sesuatu elakkan daripada bersifat seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana paling penting semua pihak perlu mengambil tahu dan bertindak untuk mengatasi masalah berkenaan kerana kita memang pendidik hebat dan pendidik kluster, serta bekas-bekas pelajarnya juga pelajar kluster kecemerlangan. Maaf, ini hanya sekadar nukilan dan yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu meruapakan kelemahan diri saya. Saya bangga menjadi pendidik SMKASAS.

Tiada ulasan: