SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 13 Mac 2013

TAHNIAH KEPADA PASUKAN BAHAS ALA PARLIMEN SMKASAS 2013

      Sungguhpun Pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SMKASAS 2013 terdiri daripada seorang pelajar ting. 4, dan empat pelajar ting. 3, namun kalian telah menunjukkan kemampuan untuk bertanding dengan pembahas lebih dewas dengan mengalahkan SMKDARY dan SMK Seri Iskandar pada Pertandingan Peringkat Zon Bota pada hari ini dan menjadi Johan peringkat zon. Kami guru-guru penasihat sangat gembira dengan kejayaan anda.
      InsyaAllah, pada 16 Mac 2013 bertempat di SMK Changkat Lada, kalian sekali lagi akan berentap dengan pasukan bahas yang menjadi Johan setiap Zon, iaitu Zon Parit, Zon Seberang Perak dan Zon Kampung Gajah. Namun, terdapat beberapa kekangan yang akan dihadapi pasukan bahas SMKASAS antaranya Ujian Selaras 1 dan juga masa kerana tempoh masa persediaan untuk menghadapi pertandingan peringkat daerah semakin hampir iaitu hanya tinggal dua hari sahaja. Esok, pelajar disarankan untuk mengambil ujian selaras kerana sudah dua hari mereka diberikan pelepasan tidak mengambil ujian berkenaan. Keputusan tersebut dibuat untuk  mengelakkan mereka menghadapi bebanan  mengambil ujian selaras yang tidak diambil sebelum ini. Tambahan pula, guru-guru perlu memasukkan keputusan ujian selaras ke dalam sistem SAPS selewat-lewatnya 22 Mac 2013. InsyaAllah, esok saya dan guru penasihat Pasukan Bahas akan berbincang untuk pelepasan PdP kepada pelajar selepas waktu persekolahan sehingga ke hari Pertandingan. Hal ini terpaksa dibuat untuk membolehkan para pembahas membuat persiapan untuk menghadapi pertandingan bahas peringkat Daerah Perak Tengah.
        Berdasarkan dua pertandingan perbahasan peringkat Awal dan Suku akhir yang dijalankan pada hari ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki, antaranya mutu perbahasan pembahas, dan peranan pembahas. Justeru, perbincangan akan diadakan, melibatkan perbincangan antata guru penasihat, dan perbincangan guru penasihat dengan pembahas untuk memastikan mutu perbahasan akan lebih mantap. Disamping itu, saya akan berusaha untuk mencari bahan dan menentukan format perbahasan lebih bermutu selain untuk memastikan bebanan pelajar akan berkurangan berdasarkan situasi yang dihadapi oleh mereka sekarang. Semoga Pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SMKASAS akan pergi lebih jauh. Amin.

Tiada ulasan: