SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 24 Mac 2013

SLOT RINGKASAN DAN PEMAHAMAN TEKS DALAM PROGRAM KEM PMR DALAM CUTI

Slot menjawab kemahiran meringkas dan menjawab soalan pemahaman teks PMR di Dewan Besar As Shafie, SMKASAS. Pelajar lain dah balik, tetapi pelajar PMR dan SPM pagi ini masih dengan kem dalam cuti. Malangnya Kem BM SPM tidak terdapat dalam pekej. Namun, saya sempat ke sekolah membantu Cikgu Sirajuddin memberi teknik untuk pelajar PMR khusus untuk fokus ringkasan dan pemahaman teks. Seronok juga memberi teknik menjawab berkenaan kerana dah lima bulan tidak mengajar ting. 3, justeru saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kemahiran dengan pelajar. Sesi kem BM PMR bermula sepatutnya pukul 8.00 pagi, tetapi hanya dapat dijalankan pada pukul 8.30 pagi akibat masalah LCD. Saya berharap dengan teknik berkenaan pelajar dapat memahami cara menjawab soalan ringkasan dan pemahaman teks. Saya berharap, banyak lagi kemahiran yang boleh saya curahkan kepada pelajar. Diharapkan, Cikgu Sirajuddin mengudang saya lagi untuk teknik lain seperti menulis karangan dan tatabahasa. Bak kata pepatah Melayu, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Lagipun, jika dibiarkan kemahiran mengajar PMR tersimpan lama, lama kelamaan kemahiran tersebut akan hilang begitu sahaja. Saya juga berharap pelajar puas hati dengan teknik menjawab BM yang diadakakan di Dewan Besar As Shafie, SMKASAS yang berjalan hingga pukul 9.45 pagi. Terima kasih Cikgu Sirajuddin kerana memberikan saya slot berkenaan.
Di bawah, sekitar gambar pelajar ting. 3 yang menghadiri slot BM pagi tadi dalam suasana ceria dan banyak pertanyaan yang ditujukan kepada saya dan saya bangga kerana mereka hauskan maklumat. Soalan yang dikemukakan amat bernas dalam erti kata untuk mengetahui lebih banyak teknik menjawab soalan ringkasan dan pemahaman teks.  Bersama-samalah kita memartabatkan kecemerlangan SMKASAS.









Tiada ulasan: