SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 20 April 2013

PASUKAN BOLA BALING SMKASAS 2013, SEMOGA BERJAYA DALAM PERTANDINGAN MSSD PERAK TENGAH

         Pada 22, dan 23 April 2013, hari Isnin dan Selasa ini  Pasukan Bola Baling SMKASAS akan berentap dalam kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Perak Tengah di UITM Seri Iskandar. Saya berasa bangga kerana pemain sanggup untuk menyarung jesi sekolah walaupun mereka juga menyertai pertandingan Bola Sepak Daerah yang berakhir pada hari Khamis.  
         Objektif saya tidaklah begitu tinggi sekadar untuk menyertai pertandingan dan bergantung juga kepada para pemain. Namun, saya pasti pasukan Bola Baling SMKASAS 2013 boleh pergi jauh kerana boleh dikatakan setiap pemain mempunyai kemahiran tetapi agak kurang latihan akibat masa dan aktiviti yang begitu sekolah yang begitu padat.

                                             Gambar Semasa Pertandingan Persahabatan Dengan SMDARY


        Keputusan Kejohanan Bola Baling MSSD Perak Tengah berakhir pada 23 April 2013, apabila Pasukan SMKASAS sekadar mendapat tempat Keempat setelah pertandingan merebut tempat ketiga dan keempat berakhir dengan penentuan secara balingan penalti antara pasukan SMKASAS dengan SMDARY.  Namun, tahniah diucapkan kepada pemain Bola Baling SMKASAS kerana dalam pertandingan separuh akhir, penentuan pasukan ke perlawanan final, SMKASAS telah bertemu pasukan Bola Baling SMK Sultan Muhammad dengan kekuatan pasukan cuma tingga 9 orang kerana tiga orang pemain tidak dapat menyertai pasukan. Salah seorang menyertai pelayaran PKBM laut, seorang menyertai latihan pusat Bola Sepak dan seorang demam. Cuma saya berasa puas hati kerana pasukan Bola Baling SMKASAS masih mampu meneruskan perjuangan hingga ke pertandingan separuh akhir kerana strategi pasukan lawan lebih mengutamakan kemenangan dengan permainan yang agak kasar sehingga menyebabkan salah seorang pemain cedera iaitu Helmi. Justeru, saya sekadar menasihatkan pasukan terutama Asraf supaya lebih berwaspada dan tidak cuba bermain pada tahap agresif untuk mengelakkan kecederaan dan sekadar melakukan serangan mengikut keperluan. Kesimpulanya, saya sangat berpuas hati dengan pasukan serta sembilan orang pemain yang bermain agak santai dan mampu mengawal emosi dalam perlawana kerana saya masih mengutamakan imej pemain SMKASAS dan mengelakkan pemain dari bertindak balas dengan bermain secara kasar. Cuma, sekali-kali saya memberi ulasan kerana Pasukan SMKASAS hanya membuat latihan keempat kerana kurang latihan akibat masa dan bebanan tugas saya yang agak berat. Namun, saya sedar, faktor umur juga memberi kesan kepada corak latihan pasukan Bola Baling SMKASAS 2013. Apapun, sekalung tahniah kepada pasukan Bola Baling SMKASAS kerna masih sanggup meluangkan masa serta sanggup menyarung jersi sekolah untuk Pertandingan Bola Baling MSSD Perak Tengah 2013.

GAMBAR SEMBILAN ORANG PEMAIN  BOLA BALING SMKASAS YANG TERLIBAT
SEHINGGA KE PERTANDINGAN SEPARAUH AKHIR MSSD PERAK TENGAH 2013

Tiada ulasan: