SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Selasa, 29 April 2014

PEMANTAUAN PROGRAM CO KELOMPOK 6

         Pada hari ini 29 Mei 2014, saya telah memutuskan untuk membuat pemantauan Program CO, Kelompok 6 di dua lokasi. Pertama di SK. Sungai Besar dengan Program Penandaan Kertas Bahasa Melayu, dan SK Seberang Perak dengan Program Penandaan Kertas Matematik. Saya bertolak dari Pejabat Pendidikan Perak Tengah pada pukul 1.30 petang, dan menjamu selera di Kedai Makan Seri Londang dan kemudian mengisi minyak di Stesyen Shell Titi Gantong. Oleh sebab pertama kali ke SK. Sungai Besar, saya telah menghubungi Ketua Unit Akademik En. Hamim b. Ashkar untuk memohon panduan perjalan ke sana. Alhamdulillah saya telah sampai di Sungai Ranggam dan menunaikan Solah Zohor di Masjid Sungai Ranggam. Sekali lagi saya menghubungi Ketua Unit dan saya berpatah satu kilometer perjalanan untuk mengambil jalan ke Hulu Rintis, menuju ke SK. Sungai Besar. Oleh sebab, pemanduan saya tidak sampai-sampai ke lokasi, saya berusaha bertanya beberapa orang kampung dalam perjalanan, sehinggalah saya sampai dengan selamat di SK. Sungai Besar kira-kira pukul 3.00 petang.
          Saya dapati Program Kelompok 6, yang melibatkan lima buah sekolah iaitu SK. Seberang Perak, SK. Sungai Besar, SK. Kota Setia, SK. Changkat Lada 2, dan SK. Sungai Ranggam. Bersama-sama mendengar porgram penandaan kertas berkenaan ialah Guru Besar SK. Sungai Besar, En. Ali b. Sham dan kemudian saya bersalam dengan semua guru lelaki dan memohon maaf atas gangguan terhadap program yang sedang berjalan. Seterusnya, saya meminta penceramah Puan Maimunah Rohani meneruskan program. Kemudian saya menulis buku pelawat dan mengambil gambar program tersebut. Kemudian saya meminta kebenaran untuk bertolak ke SK. Seberang Perak untuk melihat perjalanan program di sana dengan tujuan tidak mahu mengganggu perjalanan program. Sebelum bertolak saya mengucapkan tahniah atas kejayaan Guru Besar SK. Sungai Besar menjayakan program kerana harapan yang amat tinggi diberikan kepada setiap peserta untuk meningkatkan kualiti penandaan kertas seterusnya membimbing pelajar untuk menjawab soalan dengan betul, tepat, dan mengikut kehendak soalan. Diharapkan juga, program co ini dapat membantu setiap sekolah kelompok dari segi menyediakan ruang tempat program, berkongsi kepakaran daripada guru-guru kelompok yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu untuk memantapkan kualiti guru, mengurangkan kos kewangan dan seterusnya meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dalam UPSR, terutama Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2014.
GAMBAR PROGRAM PENANDAAN KERTAS BAHASA MELAYU 
DI SK SUNGAI BESAR






      Sebelum saya bertolak ke SK. Seberang Perak, En. Ali Sham, Guru Besar SK. Sungai Besar telah mencadangkan saya untuk menggunakan jalan Ulu Dedap menuju ke SK. Seberang Perak. Sebagai orang baru dengan persekitaran Seberang Perak saya amat berterima kasih kepada beliau kerana dengan penerangan dan panduan diberikannya saya berjaya sampai di SK. Seberang Perak pada pukul 3.45 petang. Kemudian saya terus menuju ke pejabat untuk menulis buku pelawat dan terus ke Bilik Gerakan SK. Seberang Perak. Sekali lagi saya memberi salam dan tuan penceramah program penandaan kertas Matematik menjemput saya masuk dan saya terus memohon maaf kerana mengganggu peserta program dengan terus bersalam dengan mereka. Saya ditanya oleh penceramah kenapa tidak memberitahu kedatangan saya pada petang itu dan saya terus menjawab kedatangan saya cuma untuk melihat program dan tidak mahu mengganggu program yang sedang berjalan.Lagipun, kedatatangan saya bukan untuk menyelia tetapi untuk memastikan program yang dirancang berdasarkan surat yang telah saya keluar dan ditandatangani Timbalan PPD, berjalan mengikut perancangan. Setelah saya mengambil gambar program saya mohon maaf kerana mengganggu perjalanan program pada petang itu. Tahniah sekali lagi saya berikan kepada Guru Besar, penceramah dan peserta program kerana hadir pada petang itu. Harapan saya dan warga PPD sama dengan program Bahasa Melayu di Sungai Besar cuma di SK Seberang Perak ilmu penandaan kertas Matematik diharapkan akan dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran tersebut dalam UPSR 2014. 
            Alhamdulillah, pada hari ini saya amat gembira kerana kedua-dua program yang dirancang oleh Kelompok 6, berjalan dengan lancar. Hilang rasanya penat memandu ke Sekolah Rendah Paling jauh di Perak Tengah kerana sekolah SK Sungai Besar merupakan sekolah paling jauh dari Pejabat Pendidikan Daerah dan terletak di sempadan Teluk Intan. Semoga saya akan dapat melawat lokasi program kelompok lain selepas ini. InysaAllah.

GAMBAR PROGRAM PENANDAAN KERTAS MATETIK
DI SK SEBERANG PERAK







Tiada ulasan: