SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 27 April 2014

SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK SEKOLAH MENENGAH (SIWP) DAERAH PERAK TENGAH 2014

       Pada 25 April 2014, Seminar Integriti Warga Pendidik Sekolah Menengah telah diadakan di 3 Lokasi Utama iaitu di IKBN Seri Iskandar, Dewan KEMAS Seri Iskandar, dan di Dewan Felcra Changkat Lada. Saya telah ditugaskan untuk menjadi Ketua Penyelaras Seminar Integriti Warga Pendidikan Sekolah Menengah di Dewan KEMAS Seri Iskandar. Justeru, pukul 7.25 pagi saya telah sampai di Dewan KEMAS Seri Iskandar dengan membawa semua bahan seminar seperti senarai pendaftaran guru yang terlibat dengan program, buku aturcara seminar serta borang penilaian seminar. Seterusnya, saya memantau perjalanan seminar dari pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.     
      Penceramah yang menyampaikan dua slot SIWP ialah En. Hamidon b. Jamli, Pen. Pegawai Kaunselor Organisasi, PPD Manjung, Perak. Alhamdulillah, seminar yang terbahagi kepada dua slot berjaya dilaksanakan dan penceramah berjaya menyampaikan pengisian program dengan baik dengan menyelitkan pelbagai informasi berkaitan Integriti Dalam Pendidikan serta gurauan bersahaja yang menarik minat warga pendidik Daerah Perak Tengah. Antara guru sekolah menengah yang terlibat dengan SIWP di Dewan KEMAS Seri Iskandar ialah SMK Seri Iskandar, SMK Lambor Kiri, SMK Sultam Muzaffar Shah 1, dan Kolej Vokasional Seri Iskandar.
          Pada sebelah pagi, peserta telah dibekalkan kek dan roti beserta air mineral sebagai pengalas perut. Semasa rehat, sebelum slot kedua bermula peserta telah menjamu selera dengan nasi minyak, guai dalca, dan ayam masak merah. Sesungguhnya warga guru yang hadir bertuah kerana selain disajikan makanan yang menyelerakan, mereka juga disajikan dengan input maklumat yang menyegarkan minda. Tahniah kepada semua jawatankuasa SIWP Dewan KEMAS Seri Iskanda kerana telah berusaha untuk memastikan perjalanan SIWP berjalan dengan lancar dan tahniah juga kepada penceramah En. Hamidon b. Jamli kerana memberikan input yang menyegarkan sebagai halwa telinga dan mata sepanjang seminar berjalan. Terima kasih semua.

GAMBAR KENANGAN SEPANJANG SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK
DI DEWAN KEMAS SERI ISKANDAR













Tiada ulasan: