SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Rabu, 28 April 2010

BILA AKU MELIHAT WAJAH MEREKA

Dulu aku bisa melihat nota,
Kini aku tidak bisa lagi melihatnya,
Hanya mampu mengguna cermin dua,
Aku sedar, kini aku sudah tua.
Dulu aku mengajarnya bahasa,
Kini mereka semua sudah tiada,
Sudah ada di menara berbeza,
Mungkin, ilmu mereka berkali ganda,

Namun, aku pasrah menerimanya,
Dunia dan masa sudah berbeza,
Cuma aku masih berada,
Di tempat insan kamil lahir jua.

Aku sentiasa berdoa,
Setiap detik dan masa,
Insan kamil dilahir  berada di persada,
Membuka sayap melayari dunia,
Kerana aku sedar setiap kehilangan berganti jua,
Kerana aku guru tua.....
Akanku terus melahir insan kamil seadanya,
Namun, ingatan kalian semua memang terasa.

Namun, aku kekal guru tua,
Melihat kejayaan kamu semua,
Ketenangan menghapus duka,
Aku makin tua...................................................
Kerana kejayaanmu akau terasa,
Aku sedar aku akan terus tua.

Harapanku kepadamu semua,
Doakan guru tua,
Bertenaga,
Masih boleh ajar bahasa,
Walaupun seorang guru tua,
Sisa hidup kuhabiskan dengan bahasa,
Kerana bahasa kita tahu agama,
Kerana bahasa kita tahu mengira,
Kerana bahasa kita kenal rakan dunia,
Kerana bahasa kita kenal cinta Maha Esa,
Kerana bahasa kita kenal dalam lautan semesta,
Kerana bahasa kita mampu sukat angkasa,
Kerana bahasa berlaku pertemuan kita,
Namun, ketentuan-Nya aku terus tua,
Namun syukur dan Takjubku kepada Maha Esa.
Aku tetap guru tua dan akan terus tuaaaaaa......... 

Maafkanku jika tersalah bahasa,
Kerananya kau terluka,
Tindakan itu untuk ingat semua,
Aku guru bahasa,
Melonjakkan mereka ke persada,
Mungkin hingga ke puncak Himalaya, 
Agar ilmunya menongkat angkasa,
Akarnya mencapai dasar dunia,
Maafkanku guru tua,
Hanya mampu gembira,
Melihat insan kamil terlaksana,
Maafkanku guru tua.
NUKILAN SMAKASAS KLUSTER AKADEMIK

3 ulasan:

roseheda ramli berkata...

assalamualaikum..ckg chat?? time kasih ats sgale ilmu yg pnh d curh kn..sy roseheda,..ckg igt sy ag x.. skrg sy study kt uitm shah alam amik degree of law (hons)

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Terima kasih atas ingatanmu itu. Cuma insan bergelar guru tua yang mengajar bahasa mendoakan kejayaan kamu dalam perundangan. Sila hubungi cikgu semula kerana saya rindu gelak ketawa kita pada suatu ketika dulu yang kini tinggal nostalgia.

Mnakamura berkata...

assalamualaikum cikgu...apa yang berjaya saya capai sekarang semua atas usaha titik peluh cikgu, terima kasih cikgu. - Muhammad Huzair Zakhal, Afrika Selatan.