SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 30 Mei 2010

PROGRAM "KEPUNG" SMKASAS

Program ini pernah dicadangkan oleh Pn. Bainah (PK Hem) semasa mesyuarat kurikulum dan post mortem Ujian Selaras 1 pada bulan April lepas jika tak silap saya, dan saya turut hadir dalam mesyuarat tersebut. Cuma ketika itu Pn. Bainah sekadar mencadang  saja dan tidak ada sebarang keputusan dibuat untuk melaksanakan  program tersebut sepanjang perjalanan mesyuarat. Cuma pada hari Jumaat, semasa saya hadir ke sekolah kerana tersilap jadual bertugas warden, ura-ura program tersebut akan dijalankan dan saya difahamkan Ustaz Zaki ( Ketua Warden) telah memaklumkan pelajar bahawa program tersebut akan dijalankan.
               Berdasarkan pandangan umum saya, beliau berkata demikian setelah mengambil kira budaya pelajar membuat persiapan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)  yang sedang berjalan sekarang. Sebagaimana yang kita maklum, pelajar SMKASAS sering beranggapan PPT tidak begitu penting berbanding dengan Peperiksaan Akhir Tahun dan budaya seperti inilah yang perlu dikikis dan perlu dibersihkan daripada bersarang di dalam minda pelajar. Secara umumnya pelajar kurang bersedia dengan PPT dan sering membuat ulangkaji dan persediaan di akhir masa. Justeru, saya sendiri menyokong program tersebut diuar-uarkan kerana sepanjang saya bertugas pada hari Sabtu ( 29/5/2010) sebagai warden, sempat saya berbual dengan beberapa orang pelajar dan mereka mulai bertanya kenapa program tersebut dijalankan dan kenapa dimaklumkan lewat. Kesimpulannya, sudah ada diminda pelajar kesedaran perlunya bersedia dan ada rasa bersalah di lubuk hati mereka kerana mereka lambat bersedia untuk menghadapi PPT. Mereka sedar betapa pentingnya mereka lulus sekurang-kurangnya dalam peperiksaan tersebut dan jika tidak mereka akan terlibat dengan program "kepung" tersebut. Apabila saya perhatikan di setiap sudut sama ada di pondok-pondok, di kantin, di astaka pelajar sentiasa berbincang dan ditangan mereka ada buku dan bagi saya sekalung tahniah keada Ustaz Zaki kerana dengan tindakan tersebut, pelajar sudah ada rasa takut. Justeru, program kepung ini perlu dibincang dan diperhalusi sekiranya akan dijalankan kerana tanpa ada perancangan yang mantap kejayaannya boleh dipertikaikan. Saya berkata demikian kerana ada sesetengah SBP yang menjalankan program ini tanpa pemantauan pihak pentadbir, dan guru menemui kegagalan. Apa yang penting ialah post mortem selepas PPT dijalankan dan kemudian diikuti dengan perbincangan mengenai pengisian semasa program kepung itu sendiri perlu dibincangkan. Jika program tersebut sekadar mendenda dan pelajar mengisi masa tersebut untuk mengulangkaji dan mempertulkan kesalahan semasa PPT akibatnya kita sendiri boleh fikirkan. Justeru, pentadbir, sudah pastinnya PK Hem, kerana PK Pentadbiran masih kosong dan bahagian unit kecemerlangan akademik atau setiausaha peperiksaan perlu bertindak segera jika ingin menjalankan program tersebut. Sebagai guru, ketua panitia dan warden saya sedia membantu kerana setiap perancangan yang baik demi kecemerlangan anak-didik SMKASAS perlu disokong walaupun tugas saya sememangnya dah berat. Saya sentiasa berfikiran telus dan bukan sekadar mengkritik kerana apa yang penting adalah untuk kebaikan anak didik dan kebaikan sekolah. Saya juga sedia untuk dikritik kerana selagi seorang manusia dan insan kita tidak lari daripada melakukan kesalahan. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu mungkin kerana kelemahan saya.

1 ulasan:

ezatiahmad berkata...

program yg bagus.