SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 15 Mei 2010

TERIMA KASIH ATAS SAJAK DAN KATA HIKMAT YANG DIBERIKAN

Dia yang mengajar Malaikat membaca,
Dia yang mengutus Jibril untuk mengajar Muhammad,
Dia jualah yang membolehkan manusia membaca,
Kerana Dialah pemilik segala ilmu.
Seusai berlalunya Zaman Rasulullah,
Seusai lenyapnya Zaman Khulafa' Ar-rasyiddin,
Seusai malapnya Zaman Abassiyah dan Umaiyah,
Seusai berakhirnya Era Kegemilangan Melaka.

Kini,
Tugas para Rasul terpilih,
Tugas para Ulama',
Tugas para Dai'e,
Diteruskan oleh sekelompok manusia terpilih.

Kelompok manusia yang akan mengasaskan Dinasti Melayu,
Cekalnya kelompok manusia ini,
Tanyalah pada dinding dan tingkap madrasah,
Kelompok manusiawi ini siapa lagi kalau bukan GURU.

GURU - Lantera Kehidupan Masyarakat
GURU - Kegemilangan Dan Kejayaan
GURU - Disiplin Dan Sahsiah.


NUKILAN MIOR MUHAMMAD FARIS ( TING. 5H 2009)

KATA-KATA HIKMAT

Jika api dibalik semak menyala , maka segera padamkan ia jika dibiar kelak binasa ..
namun jika lilin ini yang menyala , maka jangan dipadam ia kerana sukar mencari penggantinya .. selamat hari guru cikgu.. terima kasih kerana mengajar saya

Nukilan Abd. Jalil Khairuddin

SESUNGGUHNYA BESAR MAKNA SAJAK DAN KATA-KATA HIKMAT INI BAGI SEORANG INSAN KERDIL DI SISI KHALIKNYA.   TERIMA KASIH

1 ulasan:

Ibnu Rahman Al-Kangsari berkata...

terima kasih cikgu kerana sudi menyiarkan sajak saya yg masih daif tarafnya.