SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 13 Jun 2010

SILA BERI PANDANGAN SAMA ADA SMKASAS PERLU ATAU TDAK MEMPUNYAI SEBUAH ALUMNI?

Jika perlu, kenapa? Jika boleh, bila perjumpaan yang sesuai? Sudah adakah perjumpaan antara batch anda sebelum ini? Mudahkah untuk anda berhubung dengan rakan-rakan anda? Jika boleh cadangkan siapakah ketua antara batch anda  yang mudah dihubungi untuk mewakili pelajar sesi persekolahan anda? Semua data dan maklum balas mengenai perkara di atas amat penting untuk membantu kewujudan sebuah alumni SMKASAS. 

         Diharapkan kepada sesiapa yang membaca maklumat ini cuba uar-uarkan kepada rakan-rakan anda yang lain. Respon dan tindak balas anda terhadap perkara di atas akan menentukan tertubuhnya sebuah alumni smkasas yang mantap, setelah  26 tahun institusi pendidikan ini  wujud di bumi Allah Tercinta ini.

        Komen atau pandangan anda boleh disalurkan dengan mengklik bahagian ulasan di bawah. Saya mengucapkan terima kasih sekiranya anda berbuat demikian kerana secara tidak langsung anda masih sayang akan sekolah anda tempat "Insan Kamil Dilahirkan."

3 ulasan:

azlin berkata...

saya setuju cikgu...l

www.packjah.blogspot.com berkata...

marcapada,SMKASAS kan mmg dah ada alumni,but not really aktif,so kalo diaktifkan cthnya ada annual event ok jugak!!

MOHD. RAMSUL ABD. RAHIMAN berkata...

Untuk makluman bekas-bekas pelajar, SMKASAS memang ada alumni sebelum ini di bawah En. Zubairy sebagai YDP dan Tun. Faisal sebagai setiausahanya.Mereka adalah pelajar batch paling tua SMKASAS. Namun, alumni ini masih belum dapat menaungi keseluruhan bekas-bekas pelajar setelah 26 tahun penubuhan SMKASAS. Pada tahun 2008 tak silap saya, ketika itu saya sebagai S/U PIBG, telah diadakan usaha untuk memantapkan alumni dengan berhubung terus dengan En Zubairy dan pertemuan demi pertemuan diadakan tetapi usaha itu terbengkalai. Pada bulan sudah, saya telah berhubung semula dengan En. Zubairy untuk memaklumkan usaha memantapkan alumni tersebut dan beliau bersetuju untuk membantu. Namun, keputusannya, bergantung kepada bekas-bekas pelajar dengan alumni di bawah kelolaan En. Zubairy. Saya hanya sekadar pencetus idea untuk memulakan semula alumni ini agar lebih aktif. Keputusan selepas itu saya serahkan kepada kebijaksanaan bekas-bekas warga SMKASAS yang dikasihi. Objektif utamanya bagaimana hendak mengumpulkan semula bekas-bekas pelajar dengan harapan selepas ini alumni ini bukan sahaja sekadar mengatur pertemuan untuk jamuan sahaja, malah mungkin mengatur lebih banyak aktiviti untuk kebaikan bersama. Saya mengharapkan bekas-bekas pelajar dapat berdoa dan bekerjasama untuk merealisasi kewujudan sebuah alumni yang mantap agar ukhwah antara bekas-bekas pelajar, guru-guru, pentadbir SMKASAS serta adik-adik pelajar sentiasa terjalin. InysaAllah.