SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 3 November 2012

BERTEMU BEKAS PELAJAR SKSI DI GERAI CHAR KOEW TEOW

     Selepas sembahyang Isya, saya ke kedai fotostat untuk memperbanyak contoh karangan berfokus diri, keluarga, dan masyarakat serta nota tatabahasa  berkenaan ejaan perkataan yang tepat dan kata majmuk yang mantap untuk pelajar saya 5S. Saya cuba memperbanyak bahan berkenaan setelah saya membuat ulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu SPM, sebagai usaha memantapkan lagi kemahiran pelajar saya untuk menghadapi peperiksaan SPM 2012 pada hari Isnin ini. Pengajaran dan pembelajaran berkenaan saya laksanakan di bilik "SAL Center" bilik bahasa Inggeris setelah saya sukar untuk membuat tempahan Bilik Kluster. Inilah nasib guru bahasa Melayu, tidak mempunyai bilik khas sebagai mana mata pelajaran BI, Sains, dan Bahasa Arab. Justeru, saya meminta Ketua Bidang untuk membenarkan saya membuat ulangkaji di sana kerana pengajaran akan bertambah selesa dengan adanya LCD, dan situasi suhu "air cond" yang sejuk lebih mententeramkan pelajar. Selepas perbincangan menggunakan powerpoint, pelajar mengharapkan saya mencetak bahan berkenaan untuk mereka. Bahan karangan berkenaan saya telah "print" dua naskah sebelum pengajaran berkenaan tetapi pelajar buat endah tak endah sendangkan saya berpendapat cara  isi karangan dihuraikan dalam nota tersebut mantap dan matang, dengan menggunakan kaedah deduktif serta diselitkan frasa menarik.
      Namun, sekembalinya saya ke bilik guru pekerja syarikat  elektrik sedang memasang dua unit "air cond" baru di Jabatan Bahasa yang menempatkan guru mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Memang selama ini, kami di Jabatan Bahasa tidak mempunyai "air cond" yang standard berbanding dengan jabatan-jabatan lain, syukur kepada Allah selepas ini kami akan selesa dengan kemudahan yang ada. Terima kasih diucapkan kepada pentadbiran sekolah yang prihatin dengan keadaan kami. Justeru, saya bermasalah untuk mencetak bahan berkenaan kerana meja dan kerusi saya penuh dengan habuk sehingga pinter saya tidak ditutup oleh pekerja berkenaan. Inilah kontruktor Melayu, langsung tidak ambil tahu betapa sensitifnya printer dengan habuk akibat kerja mereka. Saya suka dengan ulasan Cikgu Sirajuddin, macam mana kontruktor Melayu hendak maju dengan mutu kerja mereka. Namun, saya tidak menyalahkan kontruktor Melayu yang lain tetapi kontraktor yang ini entahlah. Oleh sebab itu, saya pulang ke rumah dan sehingga ke Isya saya memikirkan nasib pelajar saya berkenaan. Apapun saya perlu memberikan bahan berkenaan kepada mereka. Bagi saya, dua hari sebelum peperiksaan ini amat penting untuk pelajar membuat ulangkaji dan persediaan. Sekurang-kurangnya mereka ada bahan untuk membuat rujukan dan paling utama, saya ingin menunjukkan mereka betapa saya memberi perhatian kepada mereka, dan mungkin akan memotivasikan mereka untuk membuat persiapan yang mantap.
        Selepas itu mnegedarkan bahan, saya berbual dengan pelajar ting. 5H kerana saya meminta jasa baik mereka menguar-uarkan kehadiran saya kepada wakil kelas 5S kerana mereka tidak ada di kelas dan mungkin membuat ulangkaji di bilik prep asrama. Ada dalam kalangan pelajar bertanya cara menghuraikan perenggan isi karangan, ada yang bertanya cara menulis pengenalan dan penutup rumusan, juga ada yang bertanya jawapan soalan tatabahasa bahagian soalan 3b dan 3d. Dalam pada itu, mereka bertanya saya tentang program pada hari Ahad iaitu persediaan untuk menghadapi SPM untuk kertas Bahasa Melayu yang mereka akan hadapi pada hari Isnin. Saya terus maklumkan taklimat Cikgu Jumilah yang diberikan semasa Program Restu Ilmu kelmarin. Antaranya atas permintaan pelajar sebarang kelas tuisyen dibatalkan kerana pelajar ingin membuat ulangkaji sendiri atas alasan berkenaan saya memberikan bahan untuk kelas saya 5S agar mereka mempunyai cukup bahan untuk mengulangkaji dan persediaan untuk menghadapi kertas berkenaan. Saya memaklumkan mereka supaya berhubung dengan Anis pelajar saya kerana beliau adalah pro dan sentiasa menghubungi saya. Namun, saya maklumkan bahawa perancangan yang drastik seperti itu selalunya akan menimbulkan masalah kerana bilik kluster, atau bilik yang berfungsi sama waktu dengannya agak sukar untuk diperoleh, justeru saya tak dapat berjanji untuk hadir. Namun, jika ada "SOS" saya akan turun padang.
       Akhirnya saya ke luar daripada pagar sekolah pada pukul 11.00 malam dan perut pun dah lapar. Saya teringat gerai Char Koew Teow bersebelahan Petronas kerana makan di situ boleh tahan. Selalunya, jika saya balik dari sekolah, jika saya lapar selepas kelas tuisyen saya akan makan di gerai Char Koew Teow di Titi Ganting, sebelah kedai buah tetapi saya pergi ke sekolah malam tadi saya dapati kedai tersebut di tutup. Sesampai di gerai berkenaan saya dapati ada sekelompok pemuda sedang bersembang selepas makan. Setelah saya duduk, tiga orang pemuda tersebut memberi salam kepada saya, cikgu kenal saya kata mereka. Saya jawap, jika tak salah pelajar bekas pelajar SK Seri Iskandar 2001 dan mereka mengiakannya. Terus mereka menarik kerusi untuk duduk bersebelahan dengan mereka. Mreka bertujuh pada malam itu, dan apa yang paling kagum, Nabil terus bertanya, Cikgu Ramsulkan. Saya menggangguk. Sambil bersalam, lama tak jumpa cikgu. Akhirnya kami pulang dekat pukul 1.20 malam dan apabila saya hendak membanyar makanan saya Meor salah seorang daripada mereka membayarkan sekali makanan dan minuman saya. Dalam masa bersembang mereka berkata kami semasa di sekolah takut dengan cikgu kerana cikgu tegas mengajar Bahasa Melayu. Saya termenung sebentar kerana setahu saya saya tidaklah segarang mana, kecuali saya marah. Kesimpulanhya, cikgu, kami pelajar nakal memang mengenang cikgu kami. Justeru, saya bangga dengan pelajar saya. Semoga kamu akan berjaya di dunia dan di akhirat dan Meor memberi kad kerjanya kepada saya dan seterusnya mereka meminta nombor telefon saya. Alhamdulillah saya sampai ke rumah dengan rasa terharu kerana dapat berjumpa pelajar saya setelah lebih kurang 12 tahun tidak bertemu dengan mereka. Alhamdulillah inilah nikmatnya menjadi seorang guru.

Tiada ulasan: