SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Sabtu, 23 Februari 2013

SELAMAT BERGOTONG ROYONG KEPADA WARGA SMAKASAS

            Selamat bergotong rorong untuk semua warga SMKASAS sama ada guru-guru, staff sokongan, pekerja swasta, dan warga aspura dan aspuri yang akan dijalankan pada hari ini 23 hb. Februari 2013. Aktiviti Gotong Royong Perdana ini diadakan bermula pukul 8.00 hingga 1.00 petang. Jadual dan tugasan setiap warga SMKASAS telah ditampal di papan kenyataan di hadapan bilik pentadbiran SMKASAS. Sesungguhnya, aktiviti ini akan meningkatkan suasana kondusif tinggal di asrama sekali gus akan membantu warga asrama menyediakan roh dan fizikal untuk pembelajaran dan pengajaran yang sihat serta bertenaga semasa aktiviti di dalam kelas.
               Pada masa yang sama, berita penangguhan  pemantauan JPN Perak berkaitan Pertandingan Asrama Lima Bintang pada minggu hadapan sedikit sebanyak meredakan warga  SMKASAS terutama guru-guru sebagai mentor dorm yang sedaya upaya membantu menceriakan dorm kendalian masing-masing seperti menjahit langsir baru, sementera warga aspuri dan aspura bergelut untuk mengecat dan menceriakan dorm mereka. InsyaAllah, aspura dan aspuri akan berubah dan ceria selepas ini. Tahniah kepada pentadbiran SMKASAS, guru-guru, staff, pekerja swasta yang bertungkus lumus untuk menjayakan program berkenaan. Setiap usaha, walaupun dengan niat akan diberi pahala oleh Ar-Rab, apatah lagi dilaksanakan dengan perbuatan.

Tiada ulasan: