SELAMAT DATANG KE MOHDRAMSUL BLOGSPOT. KEHADIRAN ANDA MEMANG DIALU-ALUKAN.

BERBANGGALAH ANDA MENJADI PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR SMKASAS

Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-puan ke teratak ini. Semoga respon pengunjung akan memantapkan blogs yang dibina untuk memperkasakan dan memartabatkan bahasa Melayu tercinta.

Ahad, 24 Februari 2013

TEKNIK NABI MUHAMMAD DALAM PdP

Semalam saya menghadiri Bengkel Mendorong Pelajar Corot Dengan Teknik Nabi Muhammad yang disampaikan oleh Puan Kharulaniza bt. Khairuddin, Guru Kanan Bidang di SMK Seri Teja, Gopeng, Perak tempat saya pernah menjadi guru sementara pada tahun 1988. Justeru, untuk meringkaskan tulisan ini, teknik berkenaan sangat baik diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) kerana mengamalkan Sirah Rasulullah amat besar pahalanya, disamping keberkesanannya dalam PdP  amat bermakna. Jika ditinjau kita sebagai guru, memang ada mengaplikasikan teknik berkenaan secara tidak langsung tetapi tidak mengaitkan dengan Sirah Rasulullah. Oleh sebab itu, dengan adanya teknik berkenaan kita sama-sama menggunakan contoh keperibadian syumul baginda dalam memperluaskan pemahaman Islam kepada umat-umatnya. Saya sedang mendapatkan persetujuan Puan Penceramah untuk memasukkan blognya ke dalam blog saya ini untuk sama-sama kita memahami teknik berkenaan dalam memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jika ada kesempatan saya akan menerangkan serba sedikit berkaitan Teknik Nabi Muhammad ini dalam tulisan saya yang akan datang. Doakan penerbitannya, dan paling utama atas kesudian puan penceramah terutama untuk membenarkan saya menerbitkan bahan-bahan daripada blog beliau. InsyaAllah.
         Kehebatannya, teknik ini bukan sahaja boleh diaplikasikan di dalam kelas, malah dalam pentadbiran, keluarga, dan masyarakat kerana Rasulullah sebagai Insan Terpilih, berjaya menyebarluaskan Islam kerana baginda merupakan Muddaris, Muaddib, Murabbi, Mursyid, Mualim, dan Mubaligh. Subhanalah.

KENANGAN BERBENGKEL TEKNIK NABI MUHAMMAD
TEKNIK PERTAMA (PUJIAN)


 INSYAALLAH TEKNIK SETERUSNYA AKAN DIBINCANGKAN KEMUDIAN.
SEBARANG PERTANYAAN DAN MAKLUMAN LANJUT  MENGENAI TEKNIK INI  SILA GUNAKAN LAMAN BLOGSPOT  DI ATAS UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT, ATAU HUBUNGI SENDIRI MELALUI EMAIL  PUAN KHARULANIZA BT. KHAIRUDIN, JURULATIH DAN PENGAMAL TEKNIK NABI MUHAMMAD. SAMA-SAMA KITA MENYEBARLUAS TEKNIK RASULULLAH.

Tiada ulasan: